Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Maya Karin teruja dengan sambutan hangat 'Munafik 2'

Sep 4, 2018 | 5:30 AM
HAYATI JALAN CERITA: Watak wanita perkasa 'Sakinah' yang enggan memperlekeh agama dan gigih menjaga anak dan bapanya sekali gus dibawakan oleh Maya Karin (atas) dengan penuh penghayatan. - Foto SKOP PRODUCTIONS
HAYATI JALAN CERITA: Watak wanita perkasa 'Sakinah' yang enggan memperlekeh agama dan gigih menjaga anak dan bapanya sekali gus dibawakan oleh Maya Karin (atas) dengan penuh penghayatan. - Foto SKOP PRODUCTIONS -

SAMBUTAN luar biasa filem Munafik 2 dengan kesemua sesi tayangan di pawagam Cathay sarat dengan penonton membuatkan pelakon utama filem itu, Maya Karin, teruja.

Sejak ditayangkan Khamis lalu, filem tersebut telah berjaya meraih kutipan sejumlah RM21.6 juta ($7.2 juta), termasuk kutipan daripada pawagam Singapura

Melihat pencapaian menggalakkan itu, Maya gembira Munafik 2 mampu menarik sambutan sehebat tarikan semberani filem Hollywood.

Kata Maya, 38 tahun, yang berkunjung ke empat pawagam di Causeway Point, Jurong East Mall (JEM), Downtown East dan Parkway Parade:

"Kalau produk yang dihasilkan itu baik, tak kiralah kereta, peti sejuk, muzik atau filem, ia kekal sebagai produk terbaik.

"Ramai kenali kewibawaan Syamsul Yusof sebagai pengarah dan Skop Productions sebagai penjana filem bermutu. Orang juga tahu Maya pula adalah pelakon yang hanya menjayakan filem yang baik sahaja. Semua itu lambang penjenamaan dan reputasi baik.

"Dengan filem Melayu mencapai kutipan persis filem Hollywood, ia adalah galakan agar karyawan filem bertanggungjawab dalam menghasilkan karya yang baik dan bukannya filem 'tangkap muat'."

Munafik 2 adalah filem ke-40 Skop Productions yang turut mengetengahkan Syamsul sebagai Ustaz Adam, Nasir Bilal Khan (Abuja), Datuk Fizz Fairuz (Azman), Fauzi Nawawi (Umar), Datuk Rahim Razali (ayah Ustaz Adam), Mawi (Azhar), Nur Zara Sofia (Aina) dan Weni Panca (Wanita Misteri).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg