Topik diikuti
Pergi ke BHkuMeghan Markle mahu diiringi ibu di majlis kahwin
Premium
Meghan Markle mahu diiringi ibu di majlis kahwin
Meghan Markle mahu diiringi ibu di majlis kahwin

MENANTI HARI BAHAGIA: Putera Harry bersama Meghan Markle, yang mahu ibunya mengiringi beliau dan menyerahkannya kepada Putera Harry di hari perkahwinan mereka nanti. - Foto AFP. -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jan 5, 2018 | 5:30 AM
MEGHAN Markle bakal menyertai keluarga diraja England dalam masa beberapa bulan lagi tetapi ini tidak bermakna warga Amerika itu tidak akan melanggar beberapa tradisi pada hari perkahwinannya.
E! News melaporkan bahawa bakal pengantin itu berharap ibunya, guru yoga Doria Ragland, akan mengiringinya apabila beliau berkahwin dengan Putera Harry di St George's Chapel di Windsor Castle pada 18 Mei ini.
