Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Melly Goeslaw malas ambil pusing kecaman netizen

Mar 4, 2024 | 5:30 AM
Melly Goeslaw ingin menumpukan perhatiannya kepada kerjaya.
Melly Goeslaw ingin menumpukan perhatiannya kepada kerjaya. - Foto FACEBOOK MELLY GOESLAW

KUALA LUMPUR: Penyanyi Indonesia, Melly Goeslaw, enggan ambil pusing dengan tanggapan segelintir pihak yang mempertikai piala Hall Of Fame yang dimenanginya pada acara, Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA23). 

Menurut Melly atau nama sebenarnya, Melliana Cessy Goeslaw, 50 tahun, beliau menghargai setiap komen daripada khalayak ramai meskipun ia berkonotasi negatif.

“Hal ini kerana, saya juga harus menghargai perbezaan pendapat.

“Di Indonesia, ada juga beberapa anugerah yang diberikan kepada artis luar negara termasuklah Malaysia, Singapura, Filipina dan sebagainya.

“Keterbukaan di semua tempat harus diraikan agar kita dapat berekspresi lebih luas lagi,” katanya kepada laman web, Kosmo! Online semasa sidang akhbar, Ada Apa Dengan Melly & Friends.

Dalam masa yang sama, Melly yang digelar, Queen Of Soundtracks, itu tidak ghairah untuk membaca semua komen yang dilontarkan kepadanya. Sebaliknya, beliau hanya menumpukan perhatian pada kerjaya.

“Namun, orang lain kita tidak boleh kawal. Pada saya, selama apa yang saya lakukan itu benar dan memberi inspirasi kepada ramai orang, insya-Allah akan datang perkara yang baik juga,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Melly bakal mengadakan konsert, Ada Apa Dengan Melly & Friends, yang dianjurkan Icon Entertainment dan AKE Group berlangsung pada 1 Jun di Axiata Arena, Bukit Jalil, di Malaysia.

Pada 25 Februari, Melly dikecam hebat peminat kerana ramai yang tidak berpuas hati dengan kemenangan yang diraih pada GMWA23. Ada yang berpendapat ramai artis tempatan lebih layak menggengam trofi berkenaan berbanding dirinya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg