Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Melobi kerja bukan prinsip Zul Ariffin

Aug 5, 2024 | 12:47 PM
Aktor popular Zul Ariffin tidak memaksa orang lain untuk mengambilnya berlakon.
Aktor popular Zul Ariffin tidak memaksa orang lain untuk mengambilnya berlakon. - Foto INSTAGRAM ZUL_ARIFFIN

KUALA LUMPUR: Kekerapan aktor popular Zul Ariffin muncul dalam pelbagai naskhah terbitan Infinitus Entertainment Sdn Bhd mengundang gurauan sinis daripada rakan industri mengatakan dirinya ‘anak emas’ syarikat produksi itu.

Zul atau nama sebenar Zulkifli Ariffin, 38 tahun, menyifatkan tanggapan diberikan sebagai persepsi orang ramai sahaja.

Bintang filem ‘Sheriff: Narko Integriti’ itu berkata Infinitus Entertainment membuka laluannya dalam bidang perfileman.

“Isu anak emas ini tidak sepatutnya timbul. Kalau kita amati, keadaan yang sama berlaku di stesen televisyen. Pusing-pusing muka sama sahaja. Mungkin sebab keselesaan dalam bekerjasama.

“Syarikat produksi inilah yang memberi peluang pertama kepada saya untuk memegang watak utama dalam filem.

“Tak mengapalah kalau ada bergurau melabelkan saya ‘anak emas’. Asalkan, saya beri kualiti kerja yang mereka mahukan,” katanya.

Zul juga menyangkal dakwaan bahawa hubungan baiknya dengan Penerbit Eksekutif Infinitus Entertainment, Cik Gayatri Su-lin Pillai, menjadi faktor beliau mudah ditawarkan membintangi projek filem.

“Kalau ada yang berpandangan begitu, jangan. Gayatri paling tidak memilih bulu. Bila-bila masa sahaja boleh ambil orang lain dan tidak pilih saya. Saya tak akan dapat ‘diskaun’.

“Saya bukan artis yang mengamalkan budaya bermesej dengan penerbit semata-mata untuk mendapatkan tawaran.

“Saya mahu berdiri atas kaki sendiri. Saya lebih rela tidak diambil bekerja daripada gunakan jalan itu,” katanya.

Tambah Zul, beliau juga tidak memaksa orang lain mengambilnya berlakon.

“Ini prinsip saya. Saya bukan pelakon yang suka melobi. Kalau anda merasakan berbaloi untuk menggunakan khidmat lakonan saya, teruskan.

“Tetapi, jika anda berpandangan saya tidak memenuhi kriteria, kita boleh bincangkan. Tiada paksaan dan tekanan,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.

Antara filem lain terbitan Infinitus Entertainment yang menampilkan Zul sebagai teraju utama adalah J Revolusi, Sangkar, Talbis Iblis dan J2: J Retribusi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg