Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

GAYA HIDUP: BUSANA JELANG TAHUN BARU CINA

Memberi nafas baru kepada fesyen lama

Feb 08, 2021 | 05:30 AM



Seperti kebanyakan trend fesyen, apa yang dianggap sebagai tiada gaya pada suatu masa dahulu akan kembali diterima penggemar fesyen sekarang. Ini dapat dilihat jelas dengan cheongsam, yang popular pada tahun 50-an dan 60-an, dan kini dipakai bukan sahaja untuk Tahun Baru Cina. Sementara bentuk asalnya lebih sopan dan panjang sehingga buku lali, ia kini diberi interpretasi lebih kontemporari, seperti potongan yang unik, dan bukan sahaja bentuk klasik. Segelintir pereka fesyen muda kini juga membantu untuk memelihara pakaian tradisional kaum wanita berbangsa Cina ini. BERITA HARIAN tampilkan dua usahawan milenial yang telah meletakkan unsur moden kepada pakaian ini.



SAMFU, yang terdiri dari sehelai blaus dan seluar, merupakan pakaian seharian untuk kaum Cina di Singapura pada abad ke-19.



Bagi Cik Trixie Chua, beliau tidak pernah melihat neneknya mengenakan pakaian lain.



Neneknya, 88 tahun, telah memakai beberapa helai samfu yang sama dari zaman mudanya hingga sekarang.



Ia membuat Cik Chua, 29 tahun, sedar terhadap perbezaan yang ketara antara cara neneknya dengan penggunaannya sendiri dengan fesyen yang cepat bertukar dengan harga murah.



"Sebelum adanya fesyen yang dikekalkan secara beretika, nenek saya sudah mencontohi cara itu - dengan memakai semula dan memperbaiki pakaiannya," katanya.



Ia telah memberi inspirasi kepada Cik Chua, yang bekerja dalam bidang pemasaran di sebuah firma teknologi, untuk mencipta Dear Samfu, label fesyen yang memberi unsur moden kepada samfu dengan cara beretika.



Pada yang sama, ia memberi penghormatan kepada cara fesyen neneknya yang abadi.



Jenama fesyen itu dilancarkan dalam talian pada Mei tahun lalu dengan koleksi kapsul yang menampilkan baju dan seluar dengan corak bunga.



Harga bermula daripada $89 untuk sehelai baju dan $85 untuk sehelai seluar.



Koleksi pakaian rekaan Cik Chua itu dibuat daripada fabrik di akhir gulungan yang dibuang kilang tekstil dari Asia Tenggara.



Cik Chua bekerjasama dengan pengilang serantau yang membantunya mendapatkan fabrik dan menghantarnya ke bengkel-bengkel di Bangkok dan Kemboja untuk dijadikan koleksi jenama pakaian tersebut.



Menyingkap apa yang diberitahu neneknya mengenai pakaian pada zaman dahulu yang mempunyai bentuk lebih longgar, Cik Chua berkata:



"Wanita pada zaman dahulu banyak melakukan kerja berat - seperti menyangkung untuk mencuci pakaian dan menjaga anak-anak - jadi bentuknya harus santai dan selesa."



Untuk memberikan sentuhan moden kepada pakaian itu, Cik Chua mengecilkan bentuknya di bahagian pinggang supaya tampak rapi.



Cik Chua berharap dapat memberikan sedikit nafas baru dengan corak berbeza untuk koleksi pada masa hadapan dan mengembangkannya kepada gaya mengikut musim, dan pada masa yang sama, mengekalkan fesyen asal pakaian itu.



Bagi Cik Hu Ruixian pula, beliau menghasilkan jenama pakaiannya, Studio HHFZ, pada 2018, yang beroperasi dari rumahnya sebelum berpindah ke sebuah ruang kedai di Katong dan kemudian di Waterloo Street.



Pada usia semuda 27 tahun, beliau menempa nama sebagai seorang tukang jahit khas untuk baju cheongsam.



Sehelai cheongsam jahitannya berharga dari $550.



Graduan jurusan Reka Bentuk Pakaian daripada Politeknik Temasek itu menggunakan fabrik yang jarang digunakan seperti kain tweed dan jacquard, dengan corak yang berani dan perincian yang unik.



Selepas tamat pengajian, Cik Hu membuat gaun dan baju pengantin di beberapa syarikat tempatan.



Di sini, beliau mula mengambil perhatian terhadap cheongsam kerana pengantin mahukan sesuatu yang tradisional untuk upacara minum teh dalam majlis perkahwinan mereka.



"Saya sedar wanita kelihatan lebih anggun selepas mengenakan cheongsam," katanya



Ini mendorongnya membuat penyelidikan mengenai pakaian tradisional itu dan beliau jatuh cinta dengan sejarah dan budaya baju itu, tambah Cik Hu.



Beliau kemudian memutuskan untuk menjalankan perniagaan untuk menghasilkan kerja tangannya sendiri, dengan sokongan kewangan daripada ibu bapanya.



"Membuat sesuatu dari mula sangat berbeza daripada membuat rekaan sahaja. Saya fikir saya akan lebih gembira dan puas hati jika melakukannya sendiri."



Di studio, semuanya dilakukan sendiri oleh Cik Hu bersama dua bekas teman sekolahnya yang bekerja untuk beliau.



Pelanggan mereka termasuk pengantin muda berusia 20-an sehingga mereka yang berumur 80-an, dan juga "pekerja pejabat yang ingin mengenakan cheongsam ke tempat kerja."



Permintaan untuk pakaian bentuk oriental ini telah meningkat sejak beberapa tahun, katanya, dan sebahagiannya disebabkan oleh media sosial dan jenama tempatan yang menawarkan pilihan moden.



Selain untuk majlis perkahwinan, perniagaannya rancak pada musim perayaan Tahun Baru Cina, dengan kira-kira 50 tempahan dibuat sejak Oktober lalu.



Pakaian rekaan khas itu mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk disiapkan, walaupun pembuatan sebenarnya mengambil masa sehari.



Namun begitu, Cik Hu tidak mahu dikenali sebagai penjahit cheongsam yang mahir sahaja dan berharap dapat membuat gaun dan pakaian harian.



"Saya diberitahu oleh seorang rakan yang kerja yang saya lakukan dapat memberi kesan kerana saya membuat pakaian untuk majlis perkahwinan, di mana pelanggan boleh melihat kembali dan berasa gembira," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >