Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Memori nyanyi lagu Hari Kebangsaan 1980-an di ingatan Ann Hussein

Juruvokal dan komposer S’pura turut imbau kenangan lucu promosi lagu Mat Jiwa-Jiwa di Malaysia
Aug 05, 2023 | 05:30 AM



Kalau disingkap kenangan lama pada tahun 1980-an, banyak yang terlintas di fikiran guru vokal dan komposer serta penyanyi Singapura, Ann Hussein.

Di ambang sambutan Hari Kebangsaan pada 9 Ogos ini, Ann, 60 tahun, teruja kerana dapat bersatu kembali dengan rakan-rakan lama yang sama-sama memperjuangkan lagu patriotik Singapura seperti Stand Up For Singapore, We Are Singapore dan Count On Me Singapore yang mula tercipta pada 1980-an.


Bahkan, Ann seronok dapat memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan meskipun bukan di Padang tetapi di The Meadow, Gardens By The Bay pada Sabtu, 5 Ogos, mulai 4.30 petang. Konsert anjuran bersama Gardens By The Bay dan Mediacorp menyatukan pelbagai artis tempatan dan turut menyediakan segmen era 1980-an bagi Ann dan rakan-rakannya, Clement Chow, Faridah Ali dan Indra Shahrir Ismail.

Ketika dihubungi Berita Harian, Ann bagaikan membawa penulis menaiki mesin kembara masa untuk mengembalikan nostalgia era 1980-an yang indah dengan cara tersendiri.


“Apabila penerbit Konsert Hari Kebangsaan ini menghubungi saya, beliau melahirkan hasrat mengadakan segmen 1980-an. Ada penyanyi dan ada pemuzik. Kalau kita teringat kembali era tersebut, itulah masa di mana kita ghairah menghasilkan lagu-lagu patriotik berjiwa rakyat. Clement dengan lagu Count On Me Singapore. Saya pula terlibat dalam rakaman Stand Up For Singapore dan We Are Singapore.


“Pada waktu itu, kita juga mempunyai peraduan mencipta lagu patriotik untuk Hari Kebangsaan. Saya mengirimkan dua lagu tetapi kededuanya tidak terpilih. Sungguhpun begitu, kerana sambutan kecil bagi Hari Kebangsaan di kawasan kejiranan sering memanggil kami menyanyi, ia menjadi tempoh yang kami nanti-nantikan,” jelas ibu dua anak lelaki itu.

Bagi Ann, lagu patriotik mestilah yang mempunyai melodi dan lirik yang mudah dihadam pendengar.

“Saya nantikan peluang menyanyi dengan rakan-rakan lama sebab dari dahulu, kami cuma ingin berseronok sahaja. Berlatih dan makan-makan. Nyanyi, makan... begitulah keadaannya. Kami tak fikir apa-apa pun. Semangat positif meluputkan stres selalu ada. Semangat gotong-royong itu perlu buat kami semua.

“Ia bukan lagi macam sekarang di mana kalau dah kerja, kerja sahaja secara serius. Rakan-rakan lama dahulu profesional tetapi kami pun tahu bila nak berjenaka sesama sendiri,” jelas Ann, juara Talentime 1980 dan juga vokalis band Gingerbread.


Ditanya mengapa acara Hari Kebangsaan melekat di fikirannya, Ann langsung teringat pengalaman terlibat dalam pasukan gabungan sekolah-sekolah bagi Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) sewaktu di menengah dua Sekolah Menengah St. Margaret.

“Kami sibuk dengan pom-pom dan berlatih setiap minggu selama tiga bulan. Masa itu, tak fikir apa-apa. Cikgu suruh bikin formasi dan menari. Buat sahajalah. Penat memang penat. Sebabnya dari pagi hingga petang berjemur di bawah matahari. Tapi bangga sebab dapat buat persembahan di hadapan ramai orang dan makan ayam KFC yang tampil sebagai penaja NDP pada ketika itu,” ceritanya.


Pada 2014, Ann terlibat dalam NDP sebagai karyawan seni yang menyanyikan lagu rakyat. Itu juga mencipta detik bersejarah buatnya kerana setiap kali menyanyikan lagu Hari Kebangsaan, jiwa berkobar-kobar memikirkan evolusi Singapura sebagai sebuah negara.

“Nak dikatakan era 1980-an bagi saya banyak meninggalkan kenangan manis. Sewaktu bersama Gingerbread, kami bertuah dikenali sampai ke seberang Tambak. Bayangkan Tan Sri SM Salim menjadi artis pembuka tirai konsert kecil kami di dewan yang serba sederhana di Kuala Lumpur.

“Ramai yang menyokong lagu-lagu kami. Daripada menjadi band kelab malam yang hanya fokus pada kerja menghiburkan pengunjung kelab, kami jadi artis rakaman. Awalnya dikenali kerana lagu Bukan Kerana Dendam yang dimuatkan dalam satu album kompilasi band dan artis. Selepas populariti lagu itu, kami ditawarkan kontrak rakaman bersama WEA.


“Tak sangka sampai dapat rakam enam album. Yang terakhir ada lagu Mat Jiwa-Jiwa yang diingati sampai hari ini. Tapi yang kelakar adalah pengalaman terperanjat kami berdepan dengan media seberang. Sekitar 50 wartawan di sidang akhbar bagi album keenam. Suami saya, Shahul Hamid, minta maaf sebab bahasa Melayunya tidak fasih. Beliau minta izin berbual Inggeris. Media nampak okey sahaja.

“Alangkah terkejutnya kami sebab keesokan hari sewaktu bersiar-siar di Batu Caves, kami terbaca tajuk berita ‘Gingerbread Tak Tahu Berbual Bahasa Melayu”! Tak tahu nak buat apa. Diamkan sahaja. Yang menariknya disisipkan lirik lagu Mat Jiwa-Jiwa dalam berita itu. Seakan ada konotasi nilai yang kami sebar tidak baik.


“Tapi kerana berita itu tular dan orang teruja nak tahu Mat Jiwa-Jiwa ni lagu apa dan Gingerbread siapa, maka nama band dan lagu kami pun popular. Didengar sampai ke hari ini selepas 36 tahun,” tambah Ann sambil tertawa.

Peranannya kini hanyalah memberi galakan buat bakat muda agar tahu arah tuju mereka dalam muzik dan konsisten dalam berkarya.


“Kerana itu, saya galakkan peserta Suara 2.0 Wisma Geylang Serai, Amir Mansor dan Syaz Smooth, agar.terus berkarya. Saya terlibat dalam menghasilkan lagu duet mereka, I’m All For You untuk beri mereka galakan. Saya juga berpesan kepada anak didik saya, Liwani Izzati, agar kembali bikin lagu sebab jadi penyanyi ni kalau kita berhenti lama dan kurang latihan, suara kita pastinya akan berubah dan momentumnya akan ‘lari’,” tambah Ann.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >