KEHIDUPAN BIASA: Setelah menyapu bahagian depan rumah, Cik Aton, yang memegang akhbar Berita Harian, akan duduk di kerusi untuk membaca akhbar di luar rumahnya sebelum memasak bagi makan tengah hari. - Foto fail -
MENGIMBAU KEMBALI: Tiang lampu dengan kabel elektrik tergantung, titian kecil melepasi parit, rumah berwarna-warni diperbuat daripada kayu dan simen serta beratap zink menjadi identiti Kampung Lorong Buangkok sebagai sebuah desa terakhir di Singapura. - Foto INIAZ RAHIM -
KAMPUNG BERLATAR ESTET PERUMAHAN MODEN: Kawasan kampung di Lorong Buangkok ini terletak di tengah-tengah bandar yang jelas sekali memperlihat dua imej yang jauh berbeza - flat dan rumah kampung. - Foto INIAZ RAHIM -
KEHIDUPAN DESA: Dengan jalan tidak berturap, kawasan belakang rumah yang luas, dan kawasan berumput juga pohon-pohon, suasana persekitarannya bagai tidak terganggu oleh deruan kenderaan lalu-lalang di jalan raya yang hanya terletak beberapa meter dari situ. - Foto INIAZ RAHIM -
PINTU PAGAR KAYU: Jika di flat, jeriji besi menjadi pagar keselamatan penghuni, penduduk kampung ini memilih pagar kayu memagari kawasan sekeliling. - Foto INIAZ RAHIM -

Dalam usulnya di Parlimen baru-baru ini, Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio, Dr Intan Azura Mokhtar, mengusulkan supaya kampung terakhir di pulau besar Singapura - Kampung Lorong Buangkok - dijadikan sebuah tapak terpelihara atau tapak pendidikan warisan. Dr Intan berkata beliau faham akan keperluan pembangunan bandar, namun beliau juga berharap pihak berkuasa dapat mencari ruang memelihara warisan kawasan itu. Memberikan respons, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata pemerintah tidak berniat melaksanakan pelan pembangunan yang menjejas Kampung Lorong Buangkok dalam jangka masa terdekat. BERITA HARIAN meninjau kawasan kampung tersebut menerusi lensa kamera jurugambar sambilan, INIAZ RAHIM.
KABEL elektrik yang tergantung sudah tidak digunakan di kawasan lain di Singapura tetapi kabel dengan tiang elektrik masih lagi dapat dilihat di Kampung Lorong Buangkok.