Menyingkap rahsia penghibur dalam buku 'Sudirman Yang Ku Kenal
Premium
Menyingkap rahsia penghibur dalam buku 'Sudirman Yang Ku Kenal
Feb 24, 2019 | 5:30 AM
HASILKAN BUKU SEBAGAI PENGHORMATAN: Wartawan hiburan Saodah Ismail dan Dato' Aznil Nawawi di majlis pelancaran buku penyanyi popular pada 1980-an lalu, Allahyarham Sudirman Haji Arshad, berjudul 'Sudirman Yang Ku Kenal', di Kuala Lumpur pada Rabu lalu. - Foto HANIM MOHD SALEH -
KUALA LUMPUR: Tarikh 14 April 1986 cukup terpahat dalam ingatan wartawan hiburan Saodah Ismail dari Kuala Lumpur.
Itulah tarikh seniman yang digelar 'superstar' bernama Sudirman Haji Arshad, mencatatkan sejarah mengadakan konsert mega di jalan raya Chow Kit Road - sesuatu yang dianggap "gila" kerana tidak pernah dilakukan mana-mana artis dan melibatkan banyak agensi pemerintah Malaysia - daripada soal menutup jalan raya hinggalah kepada aspek keselamatan.

