Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Michelle Yeoh terbit siri drama skandal 1MDB?

Nov 28, 2021 | 07:54 PM



KUALA LUMPUR: Bintang filem Hollywood kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh, dilaporkan menjadi antara penerbit bersama projek pembikinan drama bersiri televisyen (TV) berkisar skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



The Hollywood Reporter (THR) melaporkan, drama itu diadaptasi buku yang laris jualannya, Billion Dollar Whale : The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood and The World.



Selain Michelle, Beau Willimon yang pernah menghasilkan siri hit drama berkisar kisah politik, House Of Cards dilaporkan bakal memikul tanggung jawab sama, selain rakan kerjasama daripada syarikat produksi, Westward, Jordan Tappis.



Buku tulisan Tom Wright dan Bradley Hope itu antara lain menceritakan bagaimana ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low menjadi individu dikehendaki dalam skandal 1MDB.



Di Westward kami tertarik mengupas cerita yang memaparkan kerumitan hidup yang dilalui sekarang, hal yang sukar diterjemahkan atau misteri selain watak yang memberi elemen kejutan.



"Kami tertarik untuk mencari langkah yang berinovasi untuk menghasilkan karya selaras dengan arus dunia hiburan yang sentiasa berubah dengan pantas," kata Willimon dan Tappis dalam kenyataan diterbitkan THR. AGENSI. - Berita Harian Malaysia (BHM)



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >