Premium
Mimifly 'terbang' tinggi dengan kerjasama Ryan Sufiyan
Aug 2, 2018 | 5:30 AM
SATUKAN IDEA 'GILA': Mimifly dan Ryan Sufiyan yang popular dengan lagu 'Gila' adalah artis dari negara berbeza yang bekerjasama bagi menghasilkan karya hebat yang dicalonkan bagi APM. - Foto BH oleh ZALEHA ABDUL KADER -
SEPANJANG sedekad terlibat dalam industri hiburan, penyanyi hip hop Mimifly tidak putus-putus mencipta semula jenamanya sebagai penghibur.
Bermula sebagai salah seorang anggota kumpulan hip hop popular dari Sabah, One Nation Emcees, Mimifly berusaha mengubahsuai imej dan lagu yang disampaikan sebagai artis solo.

