Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:16
Isyak
8:23

Minat kembara jadi ilham kongsi pengalaman

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

HIBURAN

Minat kembara jadi ilham kongsi pengalaman

Penyampai di TV dan pelakon setempat, Hans Hamid, bawa selebriti kembara di kawasan hutan di sini untuk 'cari keselesaan'
Jan 23, 2022 | 05:30 AM

PENYAMPAI televisyen dan pelakon setempat, Hans Hamid, memang suka 'masuk hutan'.

Di tengah-tengah alam semula jadi itulah, Hans, 32 tahun, meresapi setiap keindahan ciptaan Tuhan yang membuatkannya amat selesa.

Minatnya meneroka kawasan hutan di Singapura menjadi inspirasi bagi dia memulakan rancangannya sendiri di YouTube.

'Santai by Hans Hamid' memaparkan Hans membawa selebriti atau pempengaruh (influencer) meneroka kawasan alam semula jadi di Kota Singa ini bersamanya.

Menurut Hans, idea itu berputik daripada kesedaran bahawa dengan generasi kini yang dibesarkan dengan teknologi dan kehidupan bandar, mungkin ada yang tidak terdedah langsung dengan alam semula jadi.

"Kebanyakan kita sibuk dengan kehidupan bandar. Biasalah kita dengan aktiviti lazim seperti membeli-belah atau makan di luar," katanya, dalam wawancara dengan Berita Minggu (BM).

"Kalau seperti itu, kita rugi sebab mengembara dan meneroka kawasan-kawasan hutan dan semula jadi di sekitar kita ini dapat membantu kita meredakan tekanan dan menyemarakkan semula tenaga kita," tambahnya.

Hans akur, ada sesetengah orang, termasuk tetamunya dalam 'Santai by Hans Hamid', yang agak gementar bila diberitahu mereka akan masuk hutan.

"Mereka fikir, mereka perlu fit, banyak tenaga untuk teroka hutan. Tetapi sebenarnya, aktiviti ini sesuai untuk semua peringkat umur dan kecergasan.

"Kita terokalah berdasarkan keupayaan kita. Jalan santai-santai sambil hirup udara nyaman, keluarkan sedikit peluh, cukup sebagai permulaan," ujarnya lagi.

Hans berkata dia juga menerapkan cintanya kepada alam sekitar kepada keluarganya.

Bapa enam anak itu membawa keluarganya dalam hampir setiap pengembaraannya. Dia sengaja melakukan demikian, walaupun anak-anaknya masih kecil lagi, kerana mahu mendedahkan mereka kepada aspek di luar zon keselesaan mereka.

"Kanak-kanak sekarang banyak habiskan masa dengan teknologi. Bila guna teknologi, jarang dapat berinteraksi dengan keluarga.

"Jadi kegiatan ini memberi anak-anak saya peluang untuk keluar, tinggalkan gadget mereka, dan luangkan masa bersama keluarga dengan melakukan kegiatan yang sihat dan bermakna," tambahnya.

Sementara itu, 'Santai by Hans Hamid' merupakan kolaborasi dengan Cik Nor Akasha Abdul Rahman, 36 tahun, seorang jurulatih pengembaraan dan Encik Zeenol Hossain, 30 tahun, seorang pengarah filem.

"Kepada mereka yang ingin meneroka hutan Singapura secara lebih mendalam, saya nasihatkan anda dapatkan bimbingan jurulatih yang berpengalaman dan membawa bersama kompas fizikal," nasihat Encik Hans, sambil merujuk kepada beberapa kes mereka yang hilang semasa mengembara di hutan-hutan di sini.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3