Premium
Misha anggap 2018 'tahun kemerdekaan'
Sep 7, 2018 | 5:30 AM
- Foto INSTAGRAM MISHA OMAR -
PENYANYI Misha Omar menyifatkan 2018 sebagai 'tahun kemerdekaan' apabila kerjaya nyanyiannya kembali mekar selepas single terbarunya Sampai Bila mendapat sambutan hangat peminat.
Misha yang nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar, 36 tahun (gambar kiri), berkata beliau masih tidak percaya kemunculan semulanya mendapat perhatian luar biasa, terutama selepas lagu itu menghiasi drama Jangan Benci Cintaku yang mencetus fenomena baru-baru ini, lapor Berita Harian Malaysia.

