Misi menjana program sarjana reka bentuk mencorak jiwa ihsan
Premium
Misi menjana program sarjana reka bentuk mencorak jiwa ihsan
Dec 13, 2016 | 5:30 AM
CORAK JIWA BERIHSAN: Dekan Fakulti Reka Bentuk di Maktab Seni Lasalle, Cik Nur Hidayah Abu Bakar, ingin kursus Sarjana Sastera dalam Reka Bentuk yang diberi suntikan baru tahun depan menarik minat pelajar yang prihatin lagi ingin memanfaatkan bidang rekaan sebagai khidmat kemasyarakatan. Bersamanya ialah pemimpin kursus Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Rekaan Fesyen, Encik Lionel Roudaut. - Foto ZAINAL YAHYA -
DUNIA reka bentuk di Singapura tidak mampu berada di takuk lama.
Peranannya dalam kehidupan harian individu ataupun dalam mencorak keadaan sesebuah kota kosmopolitan yang dihujani penduduk juga sudah pesat berubah di rantau ini ataupun seantero dunia.

