Pengguna Berdaftar
Misi MoneyMakcik: Perkasa wanita melalui celik kewangan
Penasihat kewangan guna pendekatan bahasa mudah untuk galak masyarakat menabung dan tambah pendapatan
Jan 29, 2025 | 5:30 AM
Dalam dunia kewangan yang kian kompleks, Cik Nur Fitria Rozlan, atau lebih dikenali sebagai MoneyMakcik, membawa perspektif unik untuk membantu wanita memahami dan memperbaiki keadaan kewangan mereka – menggunakan bahasa yang mudah, ringkas sebagaimana golongan “makcik” bersembang santai bercakap tentang kewangan.
Beliau menggunakan wadah media sosial seperti TikTok, Instagram dan Facebook untuk menyentuh sedutan-sedutan menarik tentang kewangan, selain membuat kemunculan di pelbagai acara ekspo dan ceramah untuk mendekati orang ramai.
Laporan berkaitan
Obsesi penapis media sosial: Antara realiti dengan ilusi Jan 27, 2025 | 11:44 AM
Daripada pramugari ceburi industri kecergasanJan 12, 2025 | 5:47 PM

