Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Mohon Surat Kuasa Berkekalan sesingkat 15 minit

Dec 06, 2023 | 11:54 AM



Langkah memohon Surat Kuasa Berkekalan (LPA) kini menjadi lebih pantas dan mengambil masa hanya 15 minit sahaja berbanding tiga minggu sebelum ini.

Ini ekoran kerjasama Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech) dengan Pejabat Penjaga Awam (OPG) di bawah Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), dalam mendigitalkan, menyelaras dan mengautomasikan proses permohonan LPA.

Sejak portal baru itu dilancar pada November 2022, lebih 57,000 pengguna telah menyerahkan permohonan LPA mereka secara dalam talian.

Bagi menggalak lebih ramai mendapatkan LPA, yuran permohonan $75 untuk mendapatkan surat itu tidak dikenakan sehingga Mac 2026.

Menurut GovTech, sebuah wadah perkhidmatan bersepadu telah dicipta bersama dengan pihak berkepentingan.

Dikenali sebagai Pejabat Penjaga Awam Dalam Talian (OPGO), wadah itu direka untuk memastikan kemudahan, kebolehgunaan dan kepantasan dalam proses permohonan. 

Pasukan membangunkan wadah itu menggunakan pemikiran reka bentuk dan memetakan visi pihak berkepentingan luaran dan dalaman.

Ini dilakukan melalui bengkel kejuruteraan semula proses perniagaan (BPR) dan pengalaman pengguna (UX) demi meningkatkan pengalaman pengguna 

Ujian perintis telah dijalankan dari Januari hingga Mac 2022 dengan kerjasama 200 penguji, termasuk karyawan perubatan, peguam dan orang awam, yang kebanyakannya berusia 50 tahun ke atas.

Maklum balas daripada ujian itu telah digunakan untuk meningkatkan lagi pengalaman pengguna.

Ujian pusingan kedua pula dijalankan dengan 371 penguji sekitar enam bulan kemudian.

Faktor utama dalam menyelaraskan permohonan LPA dalam talian adalah pindaan kepada Akta Keupayaan Mental dan Peraturan pada 2022.

Pindaan tersebut membolehkan penyiapan, pensijilan dan pendaftaran LPA secara elektronik serta mengiktiraf surat ikatan digital.

Proses tandatangan dan meterai menggunakan dakwat basah kini digantikan dengan Tandatangan Elektronik Selamat.

Wadah itu boleh mengesahkan identiti warga yang menandatangani dokumen serta memastikan dokumen itu tulen.

Tandatangan menggunakan Singpass juga amat selamat dan menyediakan persekitaran yang dipercayai, menghubungkan ‘tandatangan’ warga itu kepada identiti digital nasional mereka yang unik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >