Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:15
Isyak
8:27

Monteiro: Saya mahu segarkan semula cinta pada muzik Melayu

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Konsert Jaz Melayu

Monteiro: Saya mahu segarkan semula cinta pada muzik Melayu

Sep 26, 2021 | 05:30 AM

Hubungan mastro jaz Singapura, Jeremy Monteiro dengan muzik Melayu bukanlah satu perkara yang baharu, bahkan beliau telah mengukir sejarah sendiri dalam pembinaan industri muzik Melayu dalam era kegemilangannya. Sebab itulah beliau yakin menganjurkan konsert jaz Melayu, Pesta Jazz: A Jazzy Celebration of Malay Songs sebagai satu langkah semulajadi yang bakal mengikat semula pertaliannya dengan seniman-seniman Melayu tanahair dan muzik yang pernah beliau terlibat secara peribadi dan profesional ketika pembikinannya.Ikuti temubual BERITA MINGGU (BM) dengan Encik Monteiro, pengarah Muzik konsert itu, tentang perkara yang mendorongnya menganjurkan pesta tersebut.

BM: Apakah yang mendorong Encik Monteiro untuk menganjurkan konsert jaz Melayu ini? Apa tujuan anda?

Monteiro: Saya mempunyai pertalian dengan muzik Melayu. Pada era 70-an dan 80an dan sedikit dalam 90-an, saya terlibat dalam pembikinan lebih 50 album pop Melayu dan bekerjasama dengan penerbit hebat seperti Dato' Seri Ahmad Nawab dan abang Kassim Masdor.

Saya terlibat dalam rakaman penyanyi seperti Sudirman, Sharifah Aini, Rafeah Buang dan Anita Sarawak dan juga bermain muzik program TV bersama Ahmad Daud, Rahim Hamid, Fauziah Ahmad Daud.

Bersama Rahimah Rahim, saya merupakan penyusun muzik dan penyelia muzik bagi album beliau pada 1978 dan telah membuat lebih daripada 100 persembahan bersamanya dan program TV.

Beliau juga menyanyikan lagu ciptaan saya, Rindu Di Dalam Lagu yang seni katanya ditulis Cikgu Yusnor Ef pada 1977. Lagu ini akan beliau nyanyikan dalam konsert Pesta Jazz.

Pada 1980, saya juga bermain 'keyboard' untuk rakaman album M.Nasir, A. Ali, kumpulan Kembara, Alleycats dan Headwind dan banyak lagi artis Melayu.

Saya sendiri mempunyai 45 album jaz dan bermain dalam lebih 50 album Melayu, justeru anda boleh memahami keinginan saya untuk mengembalikan rasa cinta saya terhadap muzik Melayu dengan keintiman saya dalam jaz. Dan, juga untuk mendekatkan pendengar Melayu kepada muzik jaz.

Saya bukanlah yang pertama melakukan ini.

Salah seorang wira muzik saya, Dato' Johari Salleh, yang saya masih hubungi, pernah menjadi penyusun muzik jaz pada era 1970-an dan pernah bersama Orkestra RTM bagi program seperti Bintang RTM. Dan, juga bersama Iskandar Ismail (Allahyarham) yang semasa hayatnya banyak menghasilkan susunan muzik jaz dan lagu-lagu Melayu malar segar.

BM: Apakah pemerhatian anda terhadap suasana muzik jaz Melayu di Singapura berbanding dengan negara jiran Indonesia dan Malaysia?

Monteiro: Tentu sekali di sana lebih besar. Tetapi, di Singapura, kita telah memainkan peranan dalam menyumbang industri dalam muzik pop selama berdekad-dekad. Banyak album yang dikeluarkan oleh label EMI, WEA, Polygram dirakamkan di sini di studio EMI dan Studio Lion.

Seniman seperti M. Nasir dan Ramli Sarip telah mencipta kejayaan sendiri. P. Ramlee telah menghabiskan tahun-tahun awalnya membina kerjaya di Singapura. Penulis lagu kebangsaan Zubir Said pula dikatakan telah menghasilkan lebih 1,000 lagu. Banyak lagu-lagu ciptaannya telah ditemui semula dan kami harap dapat dipersembahkan dalam konsert-konsert anjuran persatuan jaz.

BM: Siapakah artis jaz kegemaran Encik Monteiro?

Monteiro: Saya suka suara Broery Marantika, penyanyi yang pernah saya buat persembahan bersama. Rudy Djoe pula bagi saya mempunyai suara yang luar biasa. Saya gelarkan beliau "suara madu" kerana beliau mengingatkan saya ketika membuat persembahan bersama Ahmad Daud yang mempunyai patah lagu dan penjiwaan yang begitu cantik ketika membuat persembahan.

BH: Jaz sering dianggap sebagai muzik "niche" yang hanya menarik sekumpulan peminat muzik tegar. Apakah yang dapat dilakukan industri agar jaz dapat dimasyarakatkan dengan lebih luas?

Monteiro: Muzik jaz berasal dari masyarakat miskin kulit hitam Amerika. Benar, muzik jaz kemudian menjadi bentuk kesenian yang dihargai golongan mewah.

Tetapi, kami dari Persatuan Jaz Singapura, walaupun kami memainkan beberapa kumpulan muzik yang lebih esoterik dalam beberapa persembahan, satu perkara yang kami berusaha untuk lakukan adalah membawa muzik kepada semua lapisan masyarakat dan semua komuniti di Singapura.

Saya percaya bahawa muzik dapat menyatukan orang dan kami telah mempersembahkan lagu-lagu klasik dan tradisional Cina dan Melayu dengan gaya jazzy.

Sebenarnya Persatuan Jaz Singapura telah menampilkan beraneka lagu rakyat Melayu seperti 'Rasa Sayang' di pertunjukan kami di UK dan di AS yang mendapat sambutan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3