Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Mr Bean ‘hantu’ kereta

Apr 16, 2024 | 05:02 PM



Pelakon Rowan Atkinson, yang terkenal dengan watak Mr Bean dalam sitkom Britain popular bertajuk sama, menggemari kereta mewah Aston Martin dan Land Rover tetapi akan mengucapkan ‘Selamat Tinggal’ kepada salah satu kenderaan tersayang.


Beliau dikenali sebagai peminat kereta, memandangkan pelakon itu khususnya meminta syarikat lelong, Iconic Auctioneers, untuk mencari secara eksklusif, Land Rover Defender 110, edisi warisan dari 2015-2016.

Malah, pelakon dan pelawak Inggeris itu telah menetapkan tawaran pada model Land Rover itu pada jualan Iconic Auctioneers pada 24 Februari di Stoneleigh, England.

Kenderaan Atkinson dijangka dilelong dengan harga antara AS$82,400 ($112,436) dengan AS$101,400 ($138,363) pada acara lelong di Stoneleigh Park itu.

Nick Whale, pengerusi Iconic Auditioneers, yang mengulas minat Atkinson terhadap kenderaan, menyatakan bahawa:

“Rowan Atkinson adalah seorang penggemar kenderaan mewah terutama Land Rover, maka kenderaan Land Rover yang telah dicari-cari Atkinson tidak banyak digunakan supaya ia boleh menjadi sebahagian daripada koleksi peribadi Atkinson.”

Pelakon berusia 69 tahun itu memang meminati kereta dan telah memiliki beberapa jenis kereta.

Antaranya, pada 1997, beliau membeli kereta McLaren F1 pertamanya pada 1997 dan kemudian menjualnya pada 2012 pada nilai 8 juta paun.

Beliau kemudian memiliki kereta Aston Martin, model V8 Zagato (1986) dan kereta lumba, Ford Falcon Sprint yang dihasilkan pada 1964.


Baru-baru ini, beliau telah dilihat memandu kereta hijau dan kecil Mini Cooper di kawasan kejiranannya dan pastinya akan menjalin hubungan rapat bersama kereta Land Rover itu.


Dalam siri drama Mr. Bean, Rowan Atkinson juga dilihat memandu kereta hijau dan kecil Mini Cooper.


Selain itu, Atkinson juga telah menulis sebuah rencana tentang minatnya terhadap kereta elektrik di akhbar Guardian pada Jun 2023.


Menurutnya, beliau telah membeli kereta elektrik hibrid pertamanya sekitar 18 tahun lalu dan kereta elektrik tulennya sembilan tahun lalu. Beliau seronok memandu kededua kereta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >