Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Mr. Big pukau peminat buat kali terakhir

Aug 08, 2023 | 05:30 AM



Selama dua hari berturut-turut, Teater Sands di Marina Bay Sands sarat dengan pencinta muzik rok yang dewasa dengan muzik kumpulan dari Amerika, Mr. Big.

Si bapa yang ingin mengajar erti muzik rok sejati kepada anak bujangnya datang dengan kemeja-T hitam rasmi Mr. Big. Sekumpulan kawan sekolah berkumpul semula untuk mengenang zaman persekolahan mendengar lagu rancak dan balada cinta malar segar Mr. Big.

Tidak kurang pula isteri yang menemani sang suami bagi konsert istimewa tanda perpisahan kumpulan ini daripada persada muzik antarabangsa selepas 35 tahun. Apa yang saya amati mereka terpaksa layankan sahaja muzik yang kedengaran ‘berat’ untuk dihadam dengan sesetengahnya (seperti wanita Perancis di sebelah saya) terbiar membaca Facebook atau Instagram untuk membiarkan masa berlalu pergi sedang si suami menggoyangkan kepala dan bertepuk tangan tanda gembira sepanjang konsert hampir dua jam ini.

Konsert jelajah The Big Finish World Tour yang dibawakan Base Entertainment ini mendapatkan sambutan baik daripada pencinta muzik rok yang menyanjung tinggi Mr. Big dari awal permulaan band ini pada 1988.


Pastinya mereka enggan melepaskan peluang menyaksikan pemuzik Paul Gilbert memetik gitar sepantas kilat ataupun terpegun dengan kemahiran Billy Sheehan memetik gitar bes. Suara vokalis Eric Martin yang masih bertenaga pada usia 62 tahun kedengaran meminta peminatnya bangkit daripada kerusi masing-masing sambil menikmati dendangannya yang bagaikan halilintar membelah angkasa.

Pemain dram Nick D’Virgilio mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain dram asal Mr. Big, Pat Torpey, yang meninggal dunia pada 2018 menyusuli satu pertarungan sengit melawan penyakit Parkinson.

Lagu-lagu yang disajikan menggegarkan dewan konsert. Kelihatan penonton di tempat duduk paling mahal berdiri sepanjang konsert berlangsung. Lagu rancak Addicted to that Rush, Take Cover, Undertow, Daddy, Brother, Lover, Little Boy (The Electric Drill Song), Alive and Kickin’, Green-Tinted Sixties Mind, Voodoo Kiss dan Never Say Never membuatkan ramai tidak betah duduk di kerusi.


Hanya apabila lagu lebih santai To Be With You berkumandang, barulah sesetengahnya duduk sambil menyanyi di kerusi empuk masing-masing.


Jiwa rok sebilangan besar peminat Mr. Big cukup ketara. Mereka begitu bersemangat menyanyi sama, menggoyangkan badan dan kepala. Walaupun payah mengenal pasti kata-kata yang terluah dari mulut Martin menerusi beberapa lagu rancaknya dek bunyi kuat dan bising muzik yang berkumandang, tiada yang kelihatannya terjejas dan terus-terusan berhibur.


Cuma saya tiba-tiba mendapat pesanan daripada seorang teman yang menyatakan menyesal membeli tiket konsert Mr. Big kerana muzik yang terlebih kuat. Lantas, beliau mengambil keputusan pulang sahaja bersama suaminya tidak sampai sejam selepas konsert ini bermula.

Saya sebagai seseorang yang gemarkan muzik tetapi bukan peminat tegar Mr. Big hanya menikmati muzik ‘garing’ gitar yang dipetik ataupun ketukan dram yang begitu bersemangat kedengaran.


Saya hanya menantikan lagu ‘cover’ Cat Stevens, Wild World, dimainkan Mr. Big kerana ia cukup untuk mewujudkan suasana ‘dendang rakyat’ dalam Teater Sands. Senada dan seirama... peminat tegar Mr Big menyanyikan lagu ini yang mungkin lebih mudah dihadam sesiapa yang dewasa pada tahun 1970-an dan 1980-an.


2023 memang tahun ‘Selamat Tinggal’ bagi beberapa band rok besar di peringkat antarabangsa yang enggan lagi menjelajah kerana faktor usia. Selain Mr. Big, Aerosmith dan Eagles juga mengadakan siri konsert jelajah terakhir mereka sebelum setiap anggota berehat dan memburu projek solo masing-masing.

Apa yang tinggal hanyalah nostalgia yang kerap dijenguk kembali setiap kali anda membuka aplikasi Spotify atau memutar piring hitam yang masih bernyawa di alaf baru. – HARYANI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >