Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Muhammad Afwa, putera comel Siti Nurhaliza

Apr 26, 2021 | 10:49 PM



KUALA LUMPUR: Selepas tujuh hari melahirkan puteranya, penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya mengumumkan nama anak lelakinya itu.



Penyanyi yang popular dengan lagu Aku Bidadari Syurgamu itu telah memilih nama Muhammad Afwa untuk puteranya.



Menurut Siti, beliau dan suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K telah memilih nama Muhammad Afwa yang membawa makna keampunan atau kemaafan.



Menulis di Instagram Siti menjelaskan Muhammad Afwa lahir pada bulan Ramadan, bulan keampunan dan di dalam doa malam Lailatul Qadar juga ada menyebut Afwa.



"Semoga anakanda Muhammad Afwa sentiasa di dalam keampunan dan kemaafan Allah S.W.T. dan kita semua juga di dalam lindungan-Nya," katanya pada Isnin (26 April).



Siti juga mengadakan majlis tahnik sempena menyambut kelahiran anak keduanya yang telah diadakan di kediamannya.



Siti Nurhaliza selamat melahirkan Muhammad Afwa pada 19 April lalu di sebuah pusat perubatan di Selangor. - Astro Awani



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >