Topic followed successfully
Go to BHkuMunshi Abdullah antara tokoh awal S'pura yang jasanya dipentaskan
Premium
Munshi Abdullah antara tokoh awal S'pura yang jasanya dipentaskan
Feb 8, 2019 | 5:30 AM
Munshi Abdullah antara tokoh awal S'pura yang jasanya dipentaskan
WATAK UTAMA: Pelakon teater, Yazid Jalil, yang melakonkan watak Munshi Abdullah dalam 'Shadows in the Wall' bersama pengasas dan pengarah kreatif Ground Z-0, Cik Zelda Tatiana Ng. - Foto BH oleh DESMOND FOO -
DALAM kalangan rakyat Singapura, masih ada yang kurang mengetahui siapa Munshi Abdullah atau nama asalnya, Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi (1796-1894), yang dikenali sebagai pengasas kesusasteraan Melayu moden.
Munshi, juga setiausaha, jurubahasa dan tutor bahasa Melayu Sir Stamford Raffles dan antara pendatang pertama yang tiba di Singapura pada 1819, sebenarnya telah berkongsi tentang orang penting yang telah menyumbang pada pembangunan awal Singapura menerusi buku autobiografi beliau, Hikayat Abdullah.

