Cinta bakat remaja Singapura, Sarah Syazlina Mohd Darni, terhadap bidang seni meliputi nyanyian, tarian dan lakonan, menebal sejak terlibat dalam program kanak-kanak dan peraduan realiti, Juara Mic Junior.

Baginya, seni, khususnya muzik, adalah satu cara untuknya meluah emosi di samping memperkaya bahasa Melayu menerusi lagu-lagu yang disampaikan.