VERSI muzikal Broadway bagi filem animasi popular Frozen yang mendapat ulasan hebat di Barat, akan dibawa ke Singapura pada Februari 2023.

Dipentaskan di Sands Theatre di Marina Bay Sands, ia akan menjadi satu-satunya perhentian pementasan di Asia Tenggara dan akan membuat persembahan dalam tempoh terhad mulai 5 Februari.