Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

REVIU

Muzikal ‘& Juliet’ penuh kreativiti perkasa wanita jadi diri sendiri

Sep 30, 2023 | 05:30 AM



Kadangkala terasa bagaikan menonton filem remaja Ali Setan dengan si teruna dan si dara memiliki rasa bingit terhadap satu sama lain.


Ada masanya, bagaikan berada di hadapan peti muzik ‘jukebox’ yang memutarkan tanpa henti lagu era 1990-an dendangan Britney Spears dan Backstreet Boys.

Begitulah perasaan saya ketika menonton muzikal, & Juliet di Teater The Sands, Marina Bay Sands, baru-baru ini.


Muzikal itu cukup meriah bahkan sebelum tirai dibuka, pelakon sudah pun beramah mesra dengan penonton yang memasuki ruang dewan awal dan ingin berinteraksi secara santai.

Sebagai pelajar sastera yang terdedah pada karya William Shakespeare, Romeo & Juliet, saya akur akan kesudahan watak Juliet yang tragik.


Bagaimanapun, melalui muzikal yang naskhahnya ditulis David West Read, kita dapati Juliet ,meneruskan kehidupan, memperkasa dirinya dan menunjukkan wanita tidak lemah atau mudah berserah.

Terdetik di fikiran, kalaulah Juliet ni Melayu dan faham lagu Ramlah Ram, Selamat Jalan Romeo, dia boleh juga menyanyikan bait-bait lirik lagu itu iaitu “Selamat jalan Romeo... lebih baik ku sendiri...”


Juliet lakonan Lorinda May Merrypor dengan penuh bertenaga dan bersahaja memikat perhatian ramai kerana di sebalik tubuhnya yang gempal, dia mampu menari dan ligat bergerak tanpa henti, mengikut rentak lagu.

Dalam banyak watak yang menjayakan muzikal ini, saya harus puji peneraju watak Anne, isteri Shakespeare, Amy Lehpamer, yang memiliki suara merdu bak buluh perindu.

Nada tinggi Celine Dion boleh dinyanyikan dengan baik. Apabila Lehpamer menyanyikan lagu Britney Spears, bila-bila masa sahaja beliau boleh mengatasi persembahan puteri pop yang kian ‘mendak’ dengan pelbagai isu peribadi.

Pementasan & Juliet memberi gambaran kreatif bahawa karya lama boleh disuntik dengan kesegaran tanpa menjejas mutu kesusasteraan karya itu.


Banyak kisah pemerkasaan wanita yang dapat kita jadikan teladan menerusi pementasan ini. Wanita yang berdikari demi hak mereka dan memperjuangkan cinta atas dasar kemanusiaan.

Memandangkan pelakon muzikal itu terdiri daripada pelakon Sri Lanka, Filipina dan orang asli New Zealand atau Maori, ia menunjukkan bahawa dunia teater bersifat inklusif sedang dibangunkan.

Watak-watak bagaikan meluah rasa atau membalas dialog dengan lagu yang bermakna. Larger Than Life, I Want It That Way, Hit Me Baby One More Time dan Show Me The Meaning of Being Lonely – kalau sudah disajikan dengan lagu-lagu hit sebegini, pastinya seronok dan tidak terasa jenuh.


Bagi saya, & Juliet adalah satu usaha gigih menghasilkan karya daripada naskhah sastera sedia ada. Ia mencerminkan betapa kreativiti itu mampu dikongsi dan dikembangkan ke tahap lebih tinggi untuk tatapan generasi sekarang.


Karya yang dihasilkan Shakespeare pada 1597 masih lagi relevan walaupun kali ini penekanannya adalah cinta perlu memperkasa individu dan memberinya kebebasan menjadi diri sendiri.

Muzikal ini berlangsung hingga 15 Oktober.

Dengan menekan pautan ini, anda boleh mendapatkan diskaun 20 peratus bagi tempahan tiket di laman Marina Bay Sands atau Sistic yang berharga antara $98 dengan $198: https://ticket.marinabaysands.com/mbs/booking/julietmusical1023?promoco… – HARYANI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >