Pengguna Berdaftar
Muzikal ‘Mamma Mia!’ buat peminat Abba tidak jemu
Nostalgia lagu band Sweden, kisah buru cinta dan impian antara daya tarikan
Oct 26, 2023 | 5:30 AM
Kalau sudah namanya peminat tegar Abba, beberapa kali tonton muzikal Mamma Mia! pun tak jelak-jelak. Apa yang membuatkan ramai senang dengan muzikal yang kini dipentaskan di Teater Sands, Marina Bay Sands hingga 5 November ini adalah jalan cerita, pelakon berbakatnya serta irama lagu malar segar kumpulan empat serangkai Abba.
Ini merupakan kali ketiga saya menyaksikan muzikal yang telah ditonton lebih 65 juta orang serata dunia. Setiap kali menontonnya dengan barisan pelakon yang berbeza atau didatangkan dari negara berlainan, saya akan rasakan kelainannya dan ada sahaja babak yang silih berganti mencuit hati atau membuat diri ini terkesan.
Laporan berkaitan
Apabila kaum Hawa jadi pengarah orkestra...Oct 10, 2023 | 3:22 PM
Ledakan muzik pop Sweden dipengaruhi melodi 'berhantu'Nov 10, 2021 | 12:00 PM

