Nabila Huda gembira dapat belajar Bahasa Italy di Universiti Malaya
Premium
Nabila Huda gembira dapat belajar Bahasa Italy di Universiti Malaya
Oct 7, 2021 | 5:30 AM
SUDAH DIRANCANG: Nabila Huda memang sudah merancang untuk mengikuti kursus Bahasa Italy di Fakulti Bahasa dan Linguistik di Universiti Malaya dengan kerjasama pihak Kedutaan Italy memandangkan beliau aktif membuat vlog ke negara tersebut selama tiga tahun berturut-turut sebelum pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia. - Foto KUPU KUPU/INSTAGRAM -
PELAKON dan pengacara Nabila Huda berkongsi rasa gembira apabila diterima mengikuti kursus Bahasa Italy di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya (UM).
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya semalam, Nabila, atau mesra disapa Abil, berkongsi mesej yang diterima daripada Ketua Jabatan Bahasa Asia dan Eropah, Fakulti Bahasa dan Linguistik UM yang mengalukannya untuk mengikuti kursus Bahasa Italy tahap satu dan dua di fakulti tersebut.

