SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

'Nadi Kota' papar makanan Parsi, lagu Raya dan aktiviti rohani

Premium

'Nadi Kota' papar makanan Parsi, lagu Raya dan aktiviti rohani

Apr 9, 2022 | 5:30 AM

'Nadi Kota' papar makanan Parsi, lagu Raya dan aktiviti rohani

EPISOD kedua program Nadi Kota terbitan Berita Harian (BH) di laman Facebook kali ini mengajak penonton bersiar-siar di kawasan Kampong Glam dan seperti biasa, wartawan Hans Ashrie sibuk mengejar cerita sensasi dan mengintip penyanyi kegemarannya, Rahimah Rahim. Kali ini mereka pergi menikmati juadah Parsi yang jarang terdapat di sini, untuk berbuka puasa.

Nadi Kota turut mengikuti pelancaran koleksi lagu-lagu raya yang diterbitkan oleh Yama Jives production. Produser mapan, Encik Sha'aban Yahya, bersama sebilangan artis tanah air baru dan lama berganding mempersembahkan projek koleksi sembilan lagu Hari Raya dengan komposisi baru dan yang disusun semula berjudul #RayaNakTiba. Antara artis yang menjayakan projek ini ialah Mahani Mohd; A Romzi, Ahmad Stokin; Ariff Shamsudin; Raffy Aspier & Jive Talkin; Elfee Ismail; Farisha Ishak; Danial Baharin; Zalelo; Syaz Smooth dan Putri Emily.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg