Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pertandingan jadi pentas...

Nadia mahu tingkat keyakinan, dendangan rap diterima

Dec 28, 2020 | 05:30 AM



Mereka pernah berkongsi pentas sebagai peserta Kejuaraan Karaoke Sedunia (KWC) yang memerlukan mereka menyanyikan lagu Inggeris pada 2015. Kini, Nadia Dean dan Fairus Adam muncul pula dalam pertandingan pada skala lebih kecil di peraduan adu bakat lagu-lagu Melayu, Suara 2.0, anjuran Wisma Geylang Serai (WGS). Apakah yang membuatkan mereka masih gigih bertanding? BERITA HARIAN melaporkan.



SEMUA orang ada impian dan berhak mengejarnya sehingga ia berada dalam genggaman.



Namun, perjalanan memburu impian ini tidak semudah dan seindah mana sebab ia sarat dengan onak duri dan perjuangan yang menuntut kesabaran dan kecekalan.



Cebisan pesanan ini dimuatkan dalam lagu hip-hop Korea, Unpretty Dreams, nyanyian bintang hip-hop Jessi.



Ia bakal diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh bakat Singapura Nadia Dean pada 24 Januari depan, tatkala beliau bertanding di peringkat akhir Suara 2.0 anjuran Wisma Geylang Serai (WGS).



Nadia, 26 tahun, ibu anak perempuan berusia lapan bulan, ialah antara 10 finalis Suara 2.0 yang menjanjikan persembahan mantap dek pengalaman masing-masing.



Tambahan pula, bekas penggiat seni muay thai dan seni mempertahankan diri campuran (MMA) ini tidak asing lagi dalam pertandingan adu bakat.



Kakinya pernah melangkah ke Kejuaraan Karaoke Sedunia (KWC) 2015 sebagai wakil Singapura yang bersaing dengan peserta Barat yang jelasnya miliki suara luar biasa.



Meskipun tidak menang, ia merupakan pengalaman yang terpahat dalam minda Nadia hingga hari ini.



Menceritakan penglibatan seninya, beliau berkata:



"Saya mula menyanyi sewaktu di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) MacPherson. Saya anggota Band Latin dan Genre Campuran (kini dikenali sebagai Central Music Club).



"Menyanyi dengan diiringi band secara langsung sudah menjadi perkara biasa. Saya adalah anggota pengasas band itu dan banyak membuat persembahan.



"Pada ketika itu pun, saya terlibat dalam sukan mempertahankan diri. Sebelum sesi latihan, sukalah menyanyi dulu bagi relakskan diri.



"Pada 2015, saya menyertai KWC sebagai alumni ITE dan menang. Saya terdedah pada lagu-lagu Inggeris dan atas tawaran teman- teman, saya mula menyanyi di kelab malam sebagai mendapatkan pendapatan sampingan khususnya apabila dihimpit masalah kewangan."



Menurutnya, apabila ke pentas kejuaraan karaoke dunia, beliau melihat tumpuan diberi pada mutu vokal lebih daripada paras rupa.



"Macam seorang peserta negara Barat... nak kata lawa, taklah pula. Tapi suaranya memang luar biasa lunak dan bertenaga.



"Ia sesuatu yang saya kira payah nak diterima di Singapura, baik dalam peraduan atau penilaian masyarakat.



"Apabila saya berkecimpung dalam muzik hip-hop sejak sekian lama pun, sebilangan masyarakat kita sukar menerima genre muzik ini yang didendangkan seorang wanita lagi.



"Kelainan muzik saya belum mendapat tempat dalam hati masyarakat. Hanya setelah hip-hop dimasyarakatkan di Malaysia, barulah kita lihat sana-sini orang nak jadi rapper di Singapura.



"Namun, alhamdulillah, saya dapati percubaan saya bagi Suara 2.0 tidak sia-sia. Malah, saya berterima kasih kerana penganjur sudi memberi saya peluang bergelar finalis, memahami genre muzik saya dan tidak menolak hanya kerana saya lain daripada orang lain," katanya lagi.



Malah, kalau tak kerana Suara 2.0, Nadia sudah berputus harap bagi teruskan nyala rasanya dalam bidang nyanyian kerana keperitan membina nama dan penerimaan orang pada kerja seninya.



"Kali terakhir saya menyanyi malam dengan izin suami adalah pada malam Tahun Baru dalam keadaan hamil enam bulan. Saya bersama suami yang juga pemuzik dan teman kami.



"Selepas itu, saya dah tak nak nyanyi lagi tetapi suami yang memujuk agar saya cuba jalani uji bakat Suara 2.0. Katanya siapa tahu ada rezeki," kongsi Nadia.



Terlalu ramai bakat Singapura yang tidak diiktiraf sewajarnya atau bakatnya terbiar disorok tanpa orang ramai mengenali mereka.



"Saya sendiri bangga dengan pencapaian adik saya, Art Deen, menerusi lagu yang dicipta buat ibu kami, Dari Mana.



"Saya kagum dengan rakan saya, Akeem Jahat, rapper berpotensi besar yang lagu-lagunya memancing perhatian pendengar Malaysia tetapi masih kurang diterima di Singapura.



"Dunia hiburan ini memang kadangkala persada yang kejam. Belum bermula, orang dah nak kecam. Tohmahan pun banyak. Nak mengecapi jaya dalam perjalanan panjang ini banyak hambatannya. Tak semua orang boleh menerima anda.



"Alhamdulillah menerusi Suara 2.0, saya terasa peserta lain ibarat keluarga dan sahabat. Tiada persaingan sebaliknya sokongan buat satu sama lain. Saya bertemu semula juara KWC 2015, Fairus Adam, yang punyai semangat mencuba... dari jadi pemenang ketiga, jadi naib juara peringkat Asia dan juara dunia!" tambahnya.



Nadia, yang menyenangi lagu-lagu berbaur feminisme sebagai penguat semangat, terharu mendapat sokongan ibu bapanya Noraini Yahya dan Dean Cassim serta suaminya Nashriq Sani.



"Selepas ada cahaya mata, anak inilah pembuka rezeki. Alhamdulillah, kewangan semakin mantap dan peluang saya dan suami mengasah bakat kami pun ada," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >