PELAKON Nadiyah Shahab meluahkan rasa syukur apabila ada produser yang sanggup menolongnya menyelesaikan masalah permit bekerja di Malaysia.

Nadiyah yang nama sebenarnya Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab, 27 tahun, berkata buat masa ini beliau akan mendapatkan permit bekerja bagi tempoh sebulan dan perlu memperbaharuinya selepas itu.