Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Najip, Nurul beri laluan kepada personaliti lain

Jun 12, 2023 | 05:31 AM



DUA personaliti televisyen, Najip Ali dan Nurul Aini, mempunyai kebolehan tersendiri dan popular dalam kalangan pengamat rancangan televisyen yang disiarkan di saluran Mediacorp Suria.

Namun, setelah beberapa kali memenangi anugerah dalam kategori yang sama bagi Pesta Perdana, Najip, 58 tahun, dan Nurul, 40 tahun, mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada dicalonkan dalam kategori Pengacara Terbaik (Najip) dan Personaliti Wanita Paling Popular (Nurul) yang disenaraipendekkan bagi majlis gilang-gemilang itu.

Najip yang dihubungi Berita Harian (BH) berkata:


“Saya sebenarnya dicalonkan bagi kategori Pengacara Terbaik tahun ini tetapi saya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kategori ini tahun ini dan bagi edisi Pesta Perdana yang mendatang.

“Tujuan saya adalah untuk memberi jalan kepada yang lain dan perluaskan lagi nama-nama pengacara lain dalam kategori ini. Selepas memenangi Anugerah Pengacara Terbaik bagi Pesta Perdana dan Pengacara Setempat Terbaik bagi Anugerah Televisyen Asia, rasanya cukuplah.

“Tepat masanya untuk saya mengundurkan diri dan beri ruang bagi pengacara generasi lebih muda daripada saya.”

Nurul yang telah tujuh kali dicalonkan dalam kategori Personaliti Wanita Paling Popular dan memenanginya sebanyak lima kali berkata:

“Saya sudah 20 tahun dalam industri televisyen. Tiba masanya untuk saya berundur diri dalam kategori ini. Saya ghairah dan berbesar hati ingin tahu siapa yang dicalonkan dan memenangi kategori Personaliti Wanita Paling Popular. Terima kasih kerana masih mengingati saya walaupun saya sudah lama dalam industri ini. Saya sayang anda semua (peminat).”

Najip bagaimanapun dicalonkan bagi kategori Arahan Terbaik (Hiburan) untuk Berani Nyanyi manakala Nurul dicalonkan bagi Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Utama (Drama) untuk Kecoh Kahwin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >