Premium
Najwa kembali dengan 'Tak Kisah Pun'
Jul 6, 2020 | 5:30 AM
SAMBUTAN MENGGALAKKAN: Kembalinya Najwa Latif (kiri) dengan lagu baru 'Tak Kisah Pun' mendapat sambutan baik daripada peminatnya. Kali ini, beliau berganding dengan 'rapper' baru, Akwa Arifin (bersama Najwa). - Foto NL ENTERTAINMENT -
SUATU ketika dahulu, penyanyi dan pencipta lagu muda kelahiran Batu Pahat, Johor, Najwa Latif, merupakan sensasi YouTube yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku.
Setelah berehat daripada dunia seni seketika kerana sibuk dengan pengajiannya di Universiti Malaya dan kemudian tugas sebagai pensyarah bahasa Inggeris di universiti swasta antarabangsa Unitar, Najwa, 25 tahun, kembali dengan lagu baru, Tak Kisah Pun.

