Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nato fokus kepada teknologi AI, angkasa, tawar dana inovasi $1.5b

Jun 20, 2024 | 5:30 AM
Robot tentera
Syarikat Boston Dynamics mempamerkan sebuah robot yang direka untuk kegunaan pasukan tentera khas, di sebuah pameran di Florida pada Mei. - Foto REUTERS

Konsortium sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) telah mengesahkan kumpulan pertama syarikat yang dianugerahkan pembiayaan sebagai sebahagian daripada dana inovasi 1 bilion euro ($1.5 bilion) yang ditawarkan perikatan itu.

Nato mendedahkan dana itu pada musim panas 2022, beberapa bulan selepas pencerobohan Russia ke atas Ukraine, sambil berjanji untuk melabur dalam teknologi yang akan meningkatkan pertahanannya.

Dana itu disokong 24 daripada 32 negara anggota Nato, termasuk Finland dan Sweden, yang menyertai perikatan itu pada awal 2024.

Pada 18 Jun, Dana Inovasi Nato (NIF) mengesahkan ia telah melabur secara langsung dalam empat syarikat teknologi Eropah, yang dikatakan akan membantu menangani cabaran dalam pertahanan, keselamatan dan daya tahan.

Pertubuhan itu memperuntukkan pembiayaan kepada Fractile AI, pembuat cip komputer yang berpangkalan di London, yang membuat model bahasa besar (LLM) seperti yang membolehkan ChatGPT berjalan lebih pantas, serta ARX Robotics dari Jerman, yang mereka bentuk robot tanpa pemandu dengan fungsi seperti mengangkat barang berat dan tugas pengawasan.

Dua lagi syarikat permulaan ialah pengeluar British, iCOMAT, yang membuat bahan ringan untuk kenderaan, dan Space Forge, sebuah syarikat berpangkalan di Wales yang memanfaatkan keadaan angkasa lepas – seperti keadaan mikrograviti dan vakum – untuk membina semikonduktor dalam orbit.

“Membolehkan akses kepada teknologi strategik adalah kunci untuk menjamin masa depan yang selamat dan makmur untuk satu bilion warga perikatan itu,” kata Encik Andrea Traversone, rakan kongsi pengurusan dana itu.

Dana itu juga telah bekerjasama dengan firma modal teroka Alpine Space Ventures, OTB Ventures, Join Capital dan Vsquared Ventures untuk menyokong pelaburan selanjutnya dalam teknologi mendalam di benua itu. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg