Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

NDP 2022: Taufik Batisah nyanyikan lagu tema 'Stronger Together'

Jun 02, 2022 | 03:09 PM



KALI terakhir pemenang Singapore Idol, Taufik Batisah, menyanyikan lagu tema Hari Kebangsaan adalah pada 2005.



Lagu berjudul Reach Out For The Stars itu menjadi lagu 'hit'.



Beliau lantaran itu berharap lagu tema yang didendangkannya tahun ini, Stronger Together, akan terbukti popular juga.



"Apabila saya mendengar lagu tersebut, ia benar-benar dekat di hati saya. Ia adalah sesuatu yang saya dan orang lain saya kenali boleh kaitkan dalam hidup kami," jelas Taufik, 41 tahun.



"Ia membangkitkan semangat. Ia adalah lagu rancak. Saya benar-benar rasakan ia boleh menjadi lagu kita bersama," tambah Taufik.



Stronger Together dicipta penggubah lagu Don Richmond, yang sudah memenangi beberapa anugerah.



Ia mengisahkan tentang kebangkitan daripada ujian dan cabaran hidup serta menyalakan semula semangat ibarat burung phoenix yang bangkit dan terbang daripada abu. 



Ia juga menampilkan vokal The Island Voices di samping video sisipan yang diarah pengarah video muzik Lindsay Jialin, yang dipadankan dengan lagu tema Stronger Together, Majulah! - satu laungan panggilan jawatankuasa Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) yang ingin diuar-uarkan buat warga Singapura dan negara ini selepas tempoh Covid-19.



Taufik menjelaskan apabila Richmond menghubunginya bagi projek ini, beliau sudah pun berehat seketika daripada muzik, seperti ramai teman lain dalam industri ini sewaktu pandemik.



Richmond memberitahu Taufik ia adalah projek muzik berterusan, sambil mendedahkan ia akan digunakan bagi NDP selepas itu.



Kata Taufik lagi: "Saya benar-benar berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada projek ini. Saya berharap lirik lagu ini dapat mencetus inspirasi buat warga Singapura sebanyak mana ia memberi inspirasi buat saya dan menekankan bahawa apa jua kesukaran yang anda lalui kini, kita boleh mengatasinya bersama jika kita satukan minda kita dalam memikirkan huraiannya."



Video muzik yang mengiringi lagu ini diperolehi daripada kisah sebenar. Misalnya, ia menyertakan kisah Encik Kim Whye Kee yang berubah dari seorang ketua samseng kepada pengusaha tembikar Qi Pottery. Encik Kim juga adalah pengasas bersama Beacon of Life yang membantu bekas banduan dan belia berisiko.



Logo NDP tahun ini pula memaparkan dua orang berpimpin tangan. Ia lambang warga Singapura bersatu tenaga dalam membangun masyarakat penyayang dan inklusif.



Lakaran ini juga menunjukkan angka 57, usia Singapura tahun ini manakala lima bintang yang disisipkan melambangkan aspirasi negara berupa demokrasi, keamanan, kemajuan, keadilan dan kesaksamaan buat semua.



 



 



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >