Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

ARTIS DARI SEBERANG

Neelofa jelas sebab adiknya menyepi

Jul 27, 2022 | 05:30 AM



SEPERTI kakaknya Neelofa, Ameera Khan yang lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan, juga meniti tangga populariti sebagai personaliti media sosial.



Bagaimanapun, baru-baru ini, Instagram Ameera menjadi perhatian apabila beliau dipercayai telah memadam semua gambar yang pernah dimuat naik sebelum ini sekali gus menjadi tanda tanya warganet.



Setelah lebih sebulan berdiam diri dan masih tiada sebarang berita terkini, Neelofa bagaikan mewakili adiknya itu dan berkongsi kepada peminat dan penggemar yang prihatin.



Laman Astro Gempak melaporkan Neelofa memaklumkan adiknya itu kini sedang berehat untuk memberi masa buat dirinya mencari haluan hidup.



"Dia ada cakap nak berehat sekejap. Sebab dia ada terima banyak tawaran fesyen dari luar negara, dalam Malaysia pun tak henti-henti orang nak dia. Dia macam hanyut dalam gelombang tu.



"Tak sempat dia nak bernafas dan tengok balik yang mana okey, mana yang tak. Dia pula baru dalam proses nak belajar agama dan ada yang bercanggah. Justeru, dia nak dapatkan ketenangan dan meninjau sejenak apa yang sudah dilalui," jelas Neelofa.



Neelofa juga menambah, ini bukanlah kali pertama Ameera 'hilang' dari media sosial apatah lagi sebelum ini, gadis berusia 22 tahun itu pernah memadam akaun Instagramnya.



Dalam pada itu, Neelofa berpendapat segala perhatian diperoleh adiknya itu sejak usia belasan tahun dan menjadi antara faktor Ameera 'hilang' punca.



"Sebagai kakak, saya lihat dia sedang membesar. Dia membesar tu pula berbeza masa zaman saya. Umur dia 22 tahun, dia dapat perhatian lebih awal lagi daripada saya.



"Umur belasan lagi dah jadi perhatian ramai. Dia tak sempat nak tengok balik apa yang kurang dalam hidup, apa yang kena baiki... itu membuatkan dia nak rehat sekejap. Lebih kepada nak mengenal diri.



"Dia juga banyak tanya tentang soal agama, tentang aurat, hukum ini, hukum itu pada saya. Benda yang saya tahu, saya akan kongsi. Mana saya tak tahu, saya rujukkan kepada orang yang pandai," katanya lagi.



Sementara itu, Neelofa turut memaklumkan adiknya itu ada menyatakan hasrat untuk menyambung pelajaran ke luar negara dalam bidang fesyen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >