PELAKON dan pengacara, Neelofa berkongsi keinginannya untuk mengikut suaminya, Haris Ismail yang ingin melanjutkan pelajaran ke tanah Arab.

Menerusi rancangan majalah Nona yang disiarkan di TV3 baru-baru ini, Neelofa yang muncul sebagai pengacara undangan di samping Amyra Rosli berkata, di sana beliau juga mahu memperdalami ilmu agama terutama dalam pengajian al-Quran.