Premium
Neelofa 'MeleTOP' sekali lagi, Khai Bahar pikat hati
Anugerah MeleTOP Era raikan bintang pencetus inspirasi peminat
Apr 10, 2018 | 5:30 AM
`PEMINAT 'TULANG BELAKANG' PALING MUSTAHAK: Khai Bahar (kiri) dan Neelofa menyifatkan peminat setia yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada mereka sebagai penyejuk hati di kala berdepan dengan kecaman masyarakat siber yang dipanggil 'netizen'. - Foto BH oleh NUR HUMAIRA SAJAT -
Tiada sempadan usia atau tempoh pengalaman yang mampu menempatkan seseorang bakat seni itu di tangga kepopularan. Anugerah MeleTOP Era anjuran bersama stesen televisyen Astro dan stesen radio Era kelmarin mengiktiraf pelbagai bintang yang disanjung peminat tanpa mengira usia, latar belakang atau kecaman yang diterima di media sosial. Wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan dari Kuala Lumpur.
KONTROVERSI yang mencetus sensasi menjadi sebahagian asam garam kehidupan artis yang kini perlu peka dan berhati-hati dengan dunia yang dikuasai media sosial bahkan terdedah dengan kecaman masyarakat siber yang dipanggil 'netizen'.

