Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Negara dengan kadar perceraian tertinggi di dunia

Jul 3, 2024 | 5:30 AM
Apabila suami isteri sudah tidak sekata (gambar hiasan).
Apabila suami isteri sudah tidak sekata (gambar hiasan). - Foto PIXABAY

Maldives mencatatkan kadar perceraian 5.5 bagi setiap 1,000 penduduk setahun.

Bahkan pada 2002, ia telah disenaraikan dalam Buku Rekod Dunia Guinness dengan kadar perceraian tertinggi iaitu 10.97 perceraian bagi setiap 1,000 orang.

Punca kadar perceraian yang tinggi termasuk kemudahan dan kemampuan untuk menamatkan perhubungan, peningkatan akses kepada pendidikan, kukuh dari segi kewangan untuk wanita membolehkan mereka menyara diri sendiri tanpa bergantung kepada lelaki.

Menurut laman perangkaan gaya dunia, Datapandas.org, bagi ‘Kadar Perceraian Berdasarkan Negara 2024’ sebab yang direkodkan bagi perceraian negara-negara tersenarai adalah pelbagai, berdasarkan faktor budaya, ekonomi, dan sosial.

Berikut adalah 10 negara dengan kadar perceraian tertinggi bagi setiap 1,000 orang, berserta beberapa sebab yang menyumbang kepada kadar tersebut:

1. Maldives: 5.52

2. Kazakhstan: 4.6

3. Russia: 3.9

4. Belgium: 3.7

5. Belarus: 3.7

6. Moldova di Eropah: 3.3

7. China: 3.2

8. Cuba: 2.9

9. Ukraine: 2.88

10. Amerika Syarikat: 2.7

Negara dengan perubahan sosial yang pesat dan tekanan ekonomi kerap mencatat peningkatan kadar perceraian.

Sebagai contoh, perubahan ekonomi di Kazakhstan dan Russia telah menimbulkan tekanan yang menyumbang kepada ketidakstabilan dalam perkahwinan.

Negara seperti Amerika dan Belgium mempunyai undang-undang perceraian yang memudahkan proses.

Ia boleh menyumbang kepada kadar perceraian yang tinggi.

Sistem ‘no-fault divorce’ membolehkan pasangan bercerai tanpa perlu membuktikan kesalahan pasangan.

Di Maldives, kadar perceraian yang tinggi dipengaruhi oleh norma budaya yang unik apabila perceraian tidak dianggap sebagai stigma besar dan proses perceraian pula agak mudah.

Tekanan kerja, masalah kewangan, dan kurangnya masa bersama boleh menyebabkan hubungan menjadi tegang dan akhirnya membawa kepada perceraian.

Di negara seperti Amerika dan China, tekanan untuk berjaya seringkali mengorbankan masa bersama pasangan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg