Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Nikmati ‘kebebasan’ usia 50-an, tingkat ilmu, galas peranan tambahan

Suatu ketika dahulu, mencapai usia 50 tahun dilihat sebagai langkah pertama untuk bersara. Kini, ia kelihatan lebih seperti pasport menuju kebebasan, kerana mereka, termasuk kaum wanita baik yang berkerjaya ataupun tidak, memanfaatkan kesihatan yang lebih baik, kewangan yang lebih mantap, untuk menjadikan 50 sebagai seperti 40 yang baru. Bahkan pada usia setengah abad ini, ada yang berani menukar kerjaya dan ada yang mengambil langkah untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka setelah tidak dapat melakukannya kerana kesibukan mengurus keluarga pada usia yang lebih muda. Ruangan WHe minggu ini mengetengahkan wanita yang melihat usia 50-an mereka sebagai satu permulaan untuk kehidupan yang lebih aktif, dengan keyakinan diri lebih mantap.
Aug 16, 2023 | 05:30 AM



Sejak muda, jiwa Cik Yong Rafidah Mohamed Nor, kini 56 tahun, cukup dekat dengan kanak-kanak.

Beliau pernah menghabiskan 12 tahun di Selangor, Malaysia, berjauhan daripada keluarga demi menguruskan taman asuhan kanak-kanak atau taska dan tadika yang dibangunkannya sendiri dari 2005 hingga 2016. Azamnya ketika itu ialah mendidik ibu bapa muda agar memberi didikan awal kepada anak-anak menerusi program-program tersusun.

Banyak cabaran dilalui sepanjang tempoh lebih sedekad di negeri orang, lebih-lebih lagi apabila menghadapi ibu bapa di sana yang ketika itu sebahagiannya tidak begitu mementingkan soal pendidikan awal anak.

Namun beliau bertahan biarpun pada kebanyakan masa terpaksa mengharunginya seorang diri. Ini belum termasuk beliau perlu meredah Lebuh Raya Utara-Selatan untuk berulang-alik dari Singapura ke Shah Alam pada hujung minggu demi melepaskan rindu dengan keluarga di sini.

Apabila beliau akhirnya kembali ke Singapura beberapa tahun lalu kerana mahu menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga dan tiga anaknya yang semakin dewasa, beliau sangka beliau akan berpuas hati dengan hanya bekerja sebagai guru di tajaka yang sedia ada di sini.

Ternyata, Cik Yong Rafidah, yang mengakui “tak boleh duduk diam” sentiasa dahagakan cabaran baru, justeru biarpun usianya sudah melangkah separuh abad, beliau selalu mencari peluang untuk meningkatkan ilmu menerusi pelbagai kursus.

Pada usia 56 tahun, Cik Yong Rafidah baru-baru ini menerima Diploma Lanjutan Kepimpinan Awal Kanak-kanak (ADECL). Beliau kini memegang jawatan Pengetua Pusat di Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Huda di Woodlands.

“Sebenarnya apabila usia dah masuk 50 tahun, saya dah terfikir nak lanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah kerana anak-anak dah semakin besar, dan saya ada lebih banyak masa. Tetapi saya masih ragu-ragu… boleh belajar lagi ke tidak?

“Sebab itu saya kerja dulu. Beberapa tahun menjadi guru tadika di sini membuka peluang untuk saya meningkatkan peranan. Kemudian dengan galakan suami dan anak-anak, saya ambil ADECL. Dengan diploma lanjutan kepimpinan ini, baru saya dapat memainkan peranan sebagai pengetua,” kata Cik Yong Rafidah.

Pada usia sekarang, beliau belum dapat membayangkan beliau akan bersara pada masa beberapa tahun mendatang, bahkan sudah memikirkan untuk cuba mendapatkan ijazah dalam bidang pendidikan awal juga.

“Semakin seronok pula saya nak sambung belajar. Pencapaian ini membuat saya rasa bertenaga, rasa lebih muda dan gembira,” ujar beliau.

Selain seronok belajar, Cik Yong Rafidah akui kerap bercuti ke luar negara dan melakukan “terapi membeli- belah” sebagai sumber kesihatan mental dan kecergasan diri.

“Kita kena cari kesempatan untuk menggembirakan diri. Kerja-kerja juga, belajar-belajar juga tetapi pada usia sekarang, kita kena tenangkan hati… gembirakan diri dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang membuat kita rasa gembira dan seronok.

“Tetapi soal makan kena jaga… badan semakin tua perlukan makanan yang berkhasiat dan bermutu. Saya kurangkan makan nasi,” akuinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >