SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Nikmati samrah di Persisiran

Nikmati samrah di Persisiran

Sep 21, 2018 | 5:30 AM

Nikmati samrah di Persisiran

PERSEMBAHAN MUZIK ARAB: Kumpulan Samrah Al Mazikaty, yang diasaskan suami isteri Encik Yazeed Aziz (dua dari kanan) dan Cik Noor Fadilah, akan membuat persembahan di Concourse Esplanade Isnin ini. - Foto SAMRAH AL-MAZIKATY
PERSEMBAHAN MUZIK ARAB: Kumpulan Samrah Al Mazikaty, yang diasaskan suami isteri Encik Yazeed Aziz (dua dari kanan) dan Cik Noor Fadilah, akan membuat persembahan di Concourse Esplanade Isnin ini. - Foto SAMRAH AL-MAZIKATY -

PASANGAN suami isteri yang menubuhkan kumpulan muzik Arab Samrah Al Mazikaty, Encik Yazeed Aziz dan Cik Noor Fadilah Baharuddin, kini melatih dua anak mereka menari dan menyanyi diiringi muzik yang dimainkan.

Anak perempuan Siti Helwa, 10 tahun, digalak menyanyi dan menjadi pengacara semasa persembahan kumpulan tersebut berlangsung.

Anak lelaki Sheikh Md Hannan, sembilan tahun, pula belajar menari zapin.

Kumpulan yang ditubuhkan pada 2007 itu membuat persembahan di pelbagai persembahan budaya awam dan peribadi seperti majlis perkahwinan dan acara korporat.

Pada 2016, mereka dijemput membuat persembahan di Istana depan presiden ketika itu, Dr Tony Tan Keng Yam, dan tetamu.

Persembahan mereka bahkan tidak terhad kepada Singapura.

Samrah Al Mazikaty turut diundang ke Malaysia dan Indonesia untuk bermain di majlis perkahwinan.

Isnin ini, Samrah Al Mazikaty akan beraksi di Concourse Esplanade dalam acara Persembahan Percuma: Merentas Sempadan berjudul Musiqa Al Arabiyyah.

Mereka akan mengadakan dua persembahan, yakni pada 7 dan 8 malam. Setiap persembahan berlangsung selama 30 minit.

Menurut Cik Noor Fadilah, 37 tahun, lagu yang dimainkan biasanya muzik dari Hadramaut, Yaman.

Mereka pun giat meneroka muzik dari negara Timur Tengah lain seperti Mesir, Arab Saudi dan Kuwait.

Mereka juga menyanyikan lagu gabungan Arab bersama muzik Melayu, Hindustan dan Arab Algeria.

Permintaan menyanyi lagu Perancis juga ditunaikan memandangkan Encik Yazeed, 38 tahun, boleh bertutur bahasa tersebut.

Kumpulan tersebut terdiri daripada enam pemuzik dan enam penari lelaki.

Kumpulan penari itu ialah kanak-kanak sekolah rendah setempat, yang buat masa ini diajar menari zapin, 'sharah' dan 'zehefe' serta cara berinteraksi dengan penonton.

"Selepas mereka memahiri tarian, baru mereka diajar bermain alat muzik," kata Cik Noor Fadilah.

Beliau juga satu-satunya pemuzik wanita dalam kumpulan tersebut.

Tugasnya antara lain adalah menguruskan band, menjadi pengacara dan bermain alat muzik 'darbuka'.

Suaminya bermain gambus Arab dan 'saz' Turki selain menjadi penyanyi utama. Seorang lagi pemuzik memainkan kibod Arab manakala anggota lain bermain alat genderang seperti 'dumbek', 'riq' dan gendang Arab.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg