Premium
Ning mahu jadi guru vokal
Penyanyi bersuara soprano rancang adakan konsert berskala besar sempena 25 tahun pembabitan dalam industri muzik
Apr 13, 2016 | 5:30 AM
MENARUH HARAPAN: Selain konsert, Ning masih mencari bahan yang sesuai bagi pembikinan 'single' terbaru yang dirancang dibuat tahun ini. - Foto HARIAN METRO -
SETELAH lebih 20 tahun menimba pengalaman dalam industri muzik, penyanyi bersuara soprano Ning Baizura Hamzah berkata beliau tidak lagi mencari kepopularan.
Dalam usia 41 tahun dan dengan pengalaman yang ada, beliau sebaliknya merancang berkongsi ilmu yang ada kepada barisan penyanyi muda.

