FIVE DANCES (AMERIKA)
- Penari muda, Chip, yang baru sampai di kota New York City, mula berlatih dengan tiga lagi penari balet dan jurutari proefesional.
- Namun sedang Chip mahirkan diri dengan lima komponen gerak tari balet, beliau perlu memilih untuk pulang ke pangkuan keluarganya atau memburu kerjaya profesional dalam seni balet.
ABCD: ANYBODY CAN DANCE (INDIA)
- Filem genre tarian tiga dimensi (3D) ini mengisahkan tentang penari terbaik India, Sarvesh Kalangutkar (Prabhu Deva), yang menyifatkan tarian bukan sebagai minat semata-mata.
- Apabila dia diminta rakan kongsi yang licik agar keluar dari akademi tarian yang dibangunkannya, dia seperti hilang arah dan mengambil keputusan berhenti menari dan meninggalkan Mumbai penuh kesedihan.
- Namun, pada malam dia bertolak, dia bertemu dengan sekumpulan penari yang bersiap sedia bagi pertarungan tari menari, Ganpati Dance Battle. Dia pun mengambil keputusan mengajar kumpulan belia ini dan meluputkan segala dendam dan kepahitan hidup yang pernah dirasakan.
JUST DANCE (KOREA SELATAN)
- Drama yang dijayakan Park Se-wan dan Jang Dong-yoon ini dipadankan daripada dokumentari dengan tajuk serupa yang pernah memenangi Anugerah Program Pendidikan Terbaik pada Anugerah Seni Baeksang ke-54.
- Enam pelajar perempuan dari Sekolah Tinggi Kejuruan Wanita menebar impian menjuarai peraduan seni tari 'dancesport'.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg