LAGU Datuk Rossa, Hati Yang Kau Sakiti, sudah berusia 11 tahun, tetapi sejak akhir-akhir ini, ia kian menjadi sebutan kerana dijadikan lagu tema sinetron FTV, Suara Hati Istri, di saluran Indosiar.

Sejak itu, mulalah bermacam-macam video yang menggunakan lagu ini dihasilkan peminat termasuk pencinta muzik pop Korea atau K-Pop di YouTube.