Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

LULUSAN DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Impikan sekitaran prasekolah selamat, inklusif

Tiga pelajar Politeknik Ngee Ann yang muncul sebagai antara pelajar terbaik dalam kohort mereka mengongsi rahsia di sebalik kejayaan mereka. BERITA HARIAN mewawancara pelajar tersebut yang baru-baru ini dianugerahkan diploma mereka.
May 16, 2022 | 05:30 AM



MENGIKUTI jejak langkah empat ahli keluarganya yang bertugas sebagai guru, Cik Andi Hani Yasmin mendapat inspirasi daripada mereka untuk menceburi bidang pendidikan.



Ternyata langkahnya itu mendatangkan hasil.



Cik Yasmin yang baru sahaja tamat pelajaran di Politeknik Ngee Ann telah dinobatkan sebagai 'valedictorian', iaitu pelajar terbaik dalam kursus Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak.



Beliau juga merupakan penerima Hadiah Pingat Emas Yayasan Masyarakat PAP dan juga Anugerah Pengajaran Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda).



Namun, perjalanannya untuk menjadi pelajar terbaik dalam kursus tersebut bukan mudah.



Antaranya termasuk mengimbangi masa untuk tanggungjawab yang beliau ada dan mempelajari bidang yang belum pernah beliau ceburi.



"Sebenarnya, saya mempunyai banyak tanggungjawab namun saya memegang prinsip untuk mengutamakan perkara-perkara yang lebih penting dalam hidup saya.



"Banyak cabaran yang saya hadapi dan banyak juga yang perlu saya korbankan namun saya kagum dengan pengorbanan yang telah saya lakukan kerana ganjarannya amat berbaloi," kata Cik Yasmin.



Sebelum ini, Cik Yasmin pernah menduduki peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'A' di Maktab Rendah Catholic. Namun, keputusan peringkat 'A' beliau tidak memuaskan untuk melayakkan beliau ke universiti bagi menceburi bidang sosiologi yang beliau minati.



"Selepas saya mengambil keputusan untuk mengambil diploma di politeknik, saya rasa seperti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku selepas saya tidak dapat menceburi kursus sosiologi di peringkat universiti," tambah Cik Yasmin.



Anak bongsu yang berusia 23 tahun itu juga kerap melakukan kerja amal untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan juga untuk meningkatkan kemahiran beliau apabila mengajar.



Salah satu program yang pernah Cik Yasmin sertai sebagai seorang sukarelawan ialah program "Home-To-School" yang dikendalikan oleh Masyarakat Kanak-Kanak Singapura, di mana beliau mengajar kanak-kanak prasekolah daripada keluarga berpendapatan rendah menerusi wadah Zoom selama tiga bulan.



"Sebenarnya, saya ternampak program ini melalui e-mel yang sekolah hantar. Pada waktu ini, saya rasa bahawa saya sudah mempunyai ilmu yang diperlukan untuk membantu kanak-kanak ini.



"Jadi, saya memujuk kawan-kawan saya untuk melakukan kerja sukarelawan ini bersama supaya kami dapat menimba lebih banyak pengalaman sebagai seorang guru dan sejujurnya, saya juga dapat menimba lebih ilmu sewaktu mengajar kanak-kanak tersebut," jelas beliau yang juga merupakan ahli kumpulan sokongan rakan di NP.



Sikap Cik Yasmin yang tidak berputus asa untuk menceburi bidang yang benar-benar beliau minati, telah banyak menolong beliau. Sekarang, Cik Yasmin mempunyai impian yang ingin dicapai.



"Saya harap pada masa akan datang, saya dapat menjadi seorang guru yang mewujudkan persekitaran yang selamat dan inklusif untuk kanak-kanak membesar.



"Selain itu, saya harap orang ramai akan sedar betapa penting tugas seorang guru prasekolah itu kerana kami yang akan memberi kanak-kanak asas yang kukuh dalam kehidupan mereka," ujar beliau yang mempunyai rancangan untuk melanjutkan pelajarannya di universiti tempatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >