Wabak koronarius telah menggugat norma-norma kehidupan. Tempoh pemutus litar menyaksikan perubahan besar dalam cara kita bekerja, berhubung, beribadah dan beriadah. Namun tidak semua semestinya kelam. Tempoh getir ini memberi peluang untuk menguji ketabahan dan daya tahan diri agar dapat muncul dengan lebih utuh dan bersemangat untuk meniti cabaran hari muka. Berbekalkan semangat ini, BERITA MINGGU memaparkan lakaran berikut sebagai penglipur lara di kala sepi. Kartun oleh SHAREAH MOKHTAR