Premium
Noor Kumalasari terkilan Anita Serawak jauhkan diri
Pasangan adik beradik tidak berhubung sejak 2014
May 8, 2022 | 5:30 AM

RINDU KAKAK: Hubungan Noor Kumalasari (kiri) dan Anita Sarawak ibarat isi dan kuku, namun, sudah tidak berhubung sejak lapan tahun lalu. - Foto BHM -
KUALA LUMPUR: Hubungan bekas model, penyanyi dan pelakon popular era 1970-an dan 1980-an, Noor Kumalasari, 66 tahun, dengan kakaknya yang juga penyanyi bertaraf 'superstar', Anita Sarawak, 70 tahun, tak ubah seperti isi dan kuku.
Biarpun dilahirkan berlainan ibu, hubungan dua anak bintang legenda, Allahyarham Datuk S Roomai Noor amat akrab sejak kecil. Mungkin disebabkan membesar bersama, ikatan kekeluargaan tetap utuh biarpun arwah ibu bapa sudah tiada lagi.

