Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Noor Nabila, Engku Emran sah cerai talak satu

Sep 26, 2023 | 12:18 PM
SAAT BAHAGIA BERAKHIR: Noor Nabila Mohd Noor dan Engku Emran Engku Zainal Abidin, bersama anak masing-masing, Engku Aleesya Engku Emran dan Jebat Jayden, semasa berkahwin pada 2021.
SAAT BAHAGIA BERAKHIR: Noor Nabila Mohd Noor dan Engku Emran Engku Zainal Abidin, bersama anak masing-masing, Engku Aleesya Engku Emran dan Jebat Jayden, semasa berkahwin pada 2021. - Foto fail

KUALA LUMPUR: “Jika bukan ditakdirkan untuk anda, berapa lama pun anda cuba pertahankannya, ia tetap tidak akan jadi milik anda.”

Demikian luahan kakak usahawan dan pengacara Neelofa, iaitu Noor Nabila, selepas sah bercerai dengan suminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, dengan talak satu tengah hari tadi (26 September).

Luahan itu dikongsi Noor Nabila melalui Instagram Story (IGs).

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Engku Emran dan Noor Nabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 12.51 tengah hari.

Dalam perkongsian yang turut memaparkan foto bersama bekas suaminya itu, Noor Nabila turut menyatakan manusia mengatur namun Allah mempunyai perancangan lebih baik.

“Kita merancang tetapi Allah mempunyai perancangan lebih baik.

“Semoga Allah membimbing dan merawat dan memenuhkan jiwa saya dengan keamanan,” katanya.

Noor Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac 2021 selepas dilamar menaiki belon panas.

Sebelum ini, Noor Nabila dilapor mengesahkan bakal bercerai dalam waktu terdekat selepas Emran menyatakan hasrat tidak meneruskan rumah tangga yang dibina itu.

Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.

Engku Emran juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, Nabila berkahwin dengan Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden. – BH Online.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg