Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

GEGAR VAGANZA

Noraniza, Linda berubah jadi ratu rok

Oct 27, 2020 | 05:30 AM



Banyak kejutan yang berlaku pada malam Konsert Ketiga Gegar Vaganza 7 kelmarin. Berbekalkan tema putaran ‘360 Darjah’, ramai dipanah rasa terkejut apabila Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris dan Puteri Balada, Linda Nanuwil, bertukar menjadi ‘roker’. Sementara itu, ‘roker’ legenda Singapura, Yantzen, pula menghilang kerana sakit dan tidak dapat menghiburkan peminatnya. BERITA HARIAN melaporkan




DITARIK dan diheretnya pemegang mikrofon persis penyanyi rok yang penuh semangat menyanyi dengan nada tinggi di pentas.



Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, 52 tahun, yang biasa kelihatan menyanyi dengan penuh lenggok gemalai dan diiringi selautan penari tradisional tiba-tiba bertukar wajah.



Dengan busana serba hitam, beliau yang mesra dengan panggilan Kak Ani kelmarin diiringi pemuzik daripada kumpulan asal Candy yang membawakan lagu rok Akan Ku Tunggu.



Kelihatan beliau melompat ceria, sesuatu yang turut dilakukan penyanyi rok.



Dalam pusingan 360: Cuba Try Test, Noraniza tetap menyerlah malah jatuh di tempat kedua meskipun ada warganet yang kata, beliau belum cukup rok dan ibarat menyanyi karaoke.



Namun bagi juri tamu, Datuk Syafinaz Selamat, penyanyi legenda itu membuktikan beliau miliki identiti sendiri dan berani mencuba sesuatu yang baru.



"Mulanya saya bertanya, 'Mengapa Ani nak masuk GV sebab beliau sudah ada nama? dan tidak perlukan wadah ini?'



"Namun saya lihat kesungguhan dan Ani miliki identiti sendiri. Ani begitu terhibur di pentas. Itu yang kita mahu. Kalau nyanyi lagu rok pun, orang tutup mata dan mereka tahu ini Noraniza Idris," ujar Syafinaz dengan komennya yang membakar semangat.



Ramai yang tertarik dengan persembahan Noraniza yang disifatkan 'roker sopan' dan masih tidak keterlaluan serta menjaga adab dan tatasusilanya sebagai peserta berhijab.



"Saya seronok betul menikmati persembahan Kak Ani. Comel betul penyampaiannya! Saya kira penampilannya sesuai dengan genre rok 'bubblegum' yang disampaikan kumpulan Candy.



"Saya juga setuju dengan Datuk Syafinaz. Identiti itu penting. Pada usia Kak Ani sekarang, saya tabik usahanya. Tak tahulah kalau saya sampai ke usia sebegitu, masihkah saya miliki tenaga seperti Kak Ani?" ulas guru vokal dan penyanyi rok Singapura, Nana Karia.



Peminat Noraniza di Singapura, Encik Halil Nasil pula menambah:



"Saya sebenarnya terkejut Kak Ani nyanyi lagu rok. Suara dia malam kelmarin serak-serak. Jadi kena dengan lagu Candy.



"Memang ada tonasi mendatar tetapi secara keseluruhannya, Kak Ani hebat di pentas. Jadi silap-silap sedikit tu dah tak nampak."



Turut 'bertukar kulit' malam kelmarin adalah Linda Nanuwil, peserta jelita yang dikatakan memiliki wajah persis dua pelakon cantik, Fazura dan Zahirah MacWilson.



Linda, 36 tahun, menyanyikan lagu metal kumpulan Amuk, Akar dan Bumi.



Selain memakai baju hitam dan didandan bahagian matanya dengan solekan 'rock chick', Linda memiliki vokal serak-serak basah yang lantang.



"Pada pandangan saya, Linda adalah peserta yang berupaya menjadi antara tiga peserta terhebat GV7.



"Mana-mana penyanyi wanita yang boleh nyanyi lagu metal dengan meyakinkan adalah seseorang yang berkongsi cita rasa dengan saya. Maklum saya lebih pada lagu rok.



"Saya lebih menyanjung Linda kerana ini bukan genre selesanya," ujar Nana Karia.



Nana justeru itu merasakan beliau tidak bersetuju dengan pandangan juri tetap, Datuk Khadijah Ibrahim, bahawa Linda kurang menyampaikan intipati genre metal ini dari segi komunikasi.



"Mungkin bukan dari segi menyampaikan maksud lirik tetapi dari segi melahirkan intipati genre metal ini, saya kira Linda dapat melakukannya dengan baik," tambahnya.



Warganet Poji pula menulis di Twitter:



"Linda ni memang ada pakej. Dahlah cantik, tinggi lampai, suara sedap dan ada karakter sebab boleh ubah personaliti pentas daripada Puteri Balada kepada Ratu Rok. Saya harap Linda jadi juara GV7."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >