Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Norish terima banyak tawaran minta tanggal hijab

Mar 27, 2024 | 11:07 AM



HULU KLANG: Sejak mula berhijab pada 2018, pelakon wanita Norish Karman, 50 tahun, mengakui sukar mendapatkan tawaran lakonan yang sesuai dengan imej ketika ini.


Norish atau nama sebenar, Nor’Ashikin Karman, berkata kebanyakan tawaran diterima antara lima dengan enam tahun lalu menuntutnya supaya menanggalkan hijab.

“Sejak pakai hijab, lima hingga enam tahun juga saya tiada tawaran drama. Tawaran banyak datang, tapi semua suruh buka hijab.

“Jadi, mungkin orang tak setuju saya berhijab. Mesti ada yang cakap ramai sahaja berlakon tak pakai tudung, tapi saya cakap itu bukan ‘Norish Karman’.

“Masalahnya saya terima watak besar yang boleh diluaskan karya.

“Apakan daya, saya sudah berhijab dan pilih untuk istiqamah, tapi banyak juga cabarannya. Mungkin itu juga cabaran selepas berhijrah,” katanya ketika ditemui pada Majlis Iftar Sempena Hari Seniman Negara 2024 di Dataran Karyawan, Kompleks Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di Malaysia, pada 22 Mac.

Bintang filem Sayang Salmah itu berkata sudah tentu timbul rasa kecewa dalam diri dengan dugaan menimpa sehingga memberi kesan terhadap kewangannya.


“Memanglah ada sedikit kecewa dan ada kesan pada kewangan. Saya akui, kalau dapat banyak tawaran lakonan tak adalah kaya, tapi bolehlah meneruskan hidup.

“Ditambah pula, saya ibu tunggal kepada lapan anak, tapi tak dapat ‘job’ selama bertahun-tahun memang ada rasa sedih,” katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM).


Bagaimanapun, Norish berkata beliau bersyukur mempunyai anak-anak yang tidak jemu memberi semangat biarpun pernah terdetik untuk menanggalkan hijab semata-semata mahu kembali berlakon.

“Kerana semua anak ini luar biasa. Bila tak ada suami, Allah anugerahkan benda lain dan kita kena yakin.

“Saya cakap dengan anak-anak yang saya tiada ‘job’. Kalau ada pun kena buka hijab. Jadi, saya minta pendapat daripada anak-anak apa yang mereka rasa perlu buat.

“Bohong kalau saya kata tak pernah terfikir untuk buka hijab semasa bekerja sahaja sebab saya manusia biasa dan iman turun naik.

“Tapi, anak-anak semuanya tak setuju. Mereka kata pasti ada rezeki lain dan sekarang mungkin belum masanya lagi,” katanya.

Pada 2018, Norish berkongsi melalui hantaran di Instagram bahawa dirinya sudah mula mengenakan hijab dan ingin istiqamah dengan jalan hijrah yang dipilih.

Menerusi hantaran sama, pelakon wanita kelahiran Singapura itu mengakui menyesal kerana tidak berhijab lebih awal, selain menyifatkan keputusan diambil adalah hadiah untuk bapa yang sudah lama menunggu tanpa sedikit amarah sekali pun.

Dalam pada itu, Norish memberitahu beliau menjalankan perniagaan bersama anak-anak termasuk aktif dalam bidang motivasi sebagai alternatif lain untuk mencari pendapatan.

“Untuk sekarang ini, kami sama-sama buat katering, berniaga tepi jalan dan ada juga buat perniagaan dalam talian.

“Saya juga ada buat perkongsian mengenai topik kehidupan atau motivasi kerana apa yang saya lalui dalam hidup ini boleh dikongsi kepada orang ramai.

“Tapi, memang tak boleh lawan kalau berlakon sebab di situ ada keseronokannya. Alhamdulillah saya masih boleh bertahan dan kekal berhijab, jadi doakanlah yang baik-baik,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >