Premium
Norman Hakim amat sedih berpisah dengan anak
Feb 7, 2018 | 5:30 AM

BERPISAH SEMENTARA: Apabila anaknya Mohamed Danish (kiri) terpilih belajar di Turkey, Norman (di sebelahnya) tidak dapat menahan perasaan sedih berpisah dengan anak sulungnya itu. - Foto BERITA HARIAN MALAYSIA -
VIDEO yang merakamkan detik perpisahan pelakon popular Malaysia, Norman Hakim, dengan anaknya, Mohamed Danish, 15 tahun, yang ke Turkey untuk melanjutkan pengajian yang tular di media sosial, telah mengusik emosi ramai peminatnya.
Betapa tidak. Norman kelihatan terlentuk layu di bahu anaknya sambil menangis kerana sedih akan berpisah jauh dengan anak sulungnya itu.

