Nostalgia dan keindahan lagu saduran dihidupkan Gah(kustik)
Premium
Nostalgia dan keindahan lagu saduran dihidupkan Gah(kustik)
Dec 27, 2017 | 5:30 AM

DENDANGAN DWIBAHASA: Kumpulan Mak Chicks yang terdiri daripada Rozanah Rahmat (kiri) dan Siti Hawamah Abu Bakar (kanan) berduet dengan bakat cilik, Syah Riszuan Huslan bagi lagu Wonderful Tonight/Dia yang dipopularkan Eric Clapton dan Sweet Charity. - Foto BH oleh ZALEHA ABDUL KADER -
KEUNIKAN dunia muzik Melayu tempatan pada tahun 1970-an dan 1980-an terletak pada beberapa lagu 'hit' yang merupakan saduran pada lagu Inggeris popular pada zaman itu.
Lagu saduran yang sebahagian besarnya membawa pengertian serupa dengan lagu asal dalam bahasa Inggeris benar-benar mewarnai persada seni ketika itu malah masih lagi kekal sebagai irama malar segar yang dipuja ramai.

