Nostalgia dan rindu menghibur satukan alumni Adubakat 1986
Premium
Nostalgia dan rindu menghibur satukan alumni Adubakat 1986
Selepas 36 tahun, peserta peraduan SBC 'berkampung' untuk saji lagu lama dan baru
Aug 23, 2022 | 5:30 AM
SATU HATI DEMI NOSTALGIA: Alumni Adubakat 1986 yang terdiri daripada (barisan depan, dari kiri) Asiyah Sinnan, Juliana Samat, Rosezita Rusli, Rizana Adnan dan Suliah Kasmadi, serta (barisan belakang, dari kiri) Jalil Yani, Sabarudin Leman, Azman Shariff, Azhar Ahmad dan Othman Abdullah, gigih berlatih bagi acara makan sambil berhibur di Holiday Inn Singapore Orchard City Centre, Ahad ini. -
BERBEKAL minat menyanyi dan hasrat menebar impian seni untuk meninjau sejauh mana mereka boleh pergi dalam dunia hiburan, sekumpulan bakat Singapura yang masih muda belia ini menyertai peraduan Adubakat 1986 di televisyen.
Sebilangannya mempunyai pengalaman memasuki peraduan menyanyi di balai rakyat, manakala ada juga yang sudah membina kerjaya menyanyi di kelab malam.

